awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pemergian Mohd Hafiz satu kehilangan dunia permotoran

Bernama
Bernama
17/12/2018
04:51 MYT
Pemergian Mohd Hafiz satu kehilangan dunia permotoran
Mohd. Hafiz merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar. - Foto Astro AWANI
Pemergian pelumba Cub Prix, Mohd. Hafiz Nor Azman disifatkan satu kehilangan buat sukan permotoran Malaysia, kata bekas jaguh lumba motor negara, Wazi Abdul Hamid.
Beliau berkata Mohd.Hafiz, 22, bukan sahaja berpotensi menjadi ikon kepada golongan belia malah dapat membantu mengembangkan lagi sukan berkenaan di tanah air.
"Untuk menghasilkan seorang pelumba muda yang boleh menjadi ikon membantu pihak berkuasa membendung (lumba haram) bukan mudah.
"Apa yang jadi ini bukan sahaja kehilangan bintang tetapi anak muda yang ada visi sendiri. Beliau melanjutkan pelajaran di politeknik, dia terpelajar mungkin selepas ini semua pihak boleh fikirkan bagaimana nak bantu lebih ramai lagi anak muda di luar sana," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kediaman arwah di Simpang Pulai di sini hari ini.
Dalam pada itu, Wazi mengharapkan pihak berkaitan dengan perlumbaan dapat membuat satu kajian menyeluruh agar insiden kemalangan sedemikian tidak berulang.
"Berdasarkan pengalaman saya, boleh dibuat satu kajian menyeluruh bagaimana insiden ini berlaku dan ini melibatkan semua pihak bukan sahaja penganjur malah pelumba-pelumba supaya perkara sama tidak berlaku di masa hadapan.
"Ada beberapa kemungkinan yang perlu diperhalusi, diharapkan mereka yang pakar dalam bidang ini dapat menyampaikannya," katanya.
Jelas Wazi, jika perkara itu tidak ditangani ia akan menyukarkan pihak berkuasa mempromosikan sukan perlumbaan yang selamat.
Mohd. Hafiz merupakan pelumba Cub Prix daripada Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing kategori CP150 maut selepas terbabit dalam kemalangan pada perlumbaan pusingan terakhir Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Bandar Penawar di Johor, semalam.
Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Serdang Permai, Simpang Pulai sebelum solat zohor hari ini.
Topic Berkaitan
#Cub Prix
#kemalangan
#meninggal dunia
#Mohd Hafiz Nor Azman
#permotoran
#Petronas Sprinta-Yamaha CKJ Racing
#Wazi Abdul Hamid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan