KUALA LUMPUR: Peminat bola sepak perlu bersikap adil terhadap kedua-dua pemain naturalisasi baharu negara Guilherme de Paula dan Liridon Krasniqi yang dikatakan tidak berupaya memberi impak kepada pasukan ketika saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berakhir Selasa.
Pengerusi Jawatankuasa Naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Yusoff Mahadi berkata masa untuk kedua-dua pemain itu mencapai keserasian masih belum mencukupi bersama skuad Harimau Malaya ketika aksi di Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.
"Saya harap mereka dapat menggunakan pengalaman dimiliki untuk lebih memahami serta mengadaptasi corak permainan Harimau Malaya sekiranya dipanggil lagi menyertai skuad negara pada masa depan," katanya pada sidang media secara dalam talian semalam.
Selain De Paula dan Krasniqi, seorang lagi pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh turut dihujani kritikan pedas oleh peminat bola sepak tempatan kerana dikatakan tidak berupaya memberi impak secukupnya serta menambah bisa skuad Harimau Malaya dalam saingan itu.
Yusoff yang juga pengurus skuad kebangsaan mengakui pilihan pemain naturalisasi adalah sangat terhad ketika ini namun memberi jaminan skuad kebangsaan akan mempunyai tambahan empat atau lima pemain naturalisasi yang boleh dipertimbangkan untuk menyarung jersi kebangsaan bagi tempoh dua tahun akan datang.
Sementara itu, Yusoff tetap mempertahankan program naturalisasi yang mendapat kritikan hebat sejak akhir-akhir ini kerana objektif FAM adalah untuk memperbaiki prestasi skuad Harimau Malaya.
"Dari segi peraturan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) itu tidak salah untuk mengambil pemain naturalisasi... kita cuma mencari ruang dengan memberi pilihan kepada jurulatih untuk membantu pasukan Harimau Malaya," katanya.
Malaysia layak secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023 selepas menewaskan Thailand 1-0 menerusi sepakan penalti Safawi Rasid pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan G di Stadium Al Maktoum, Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Selasa malam.
Skuad kebangsaan menamatkan saingan di tempat ketiga selepas mengumpul 12 mata. UAE mengungguli kumpulan dengan 18 mata, diikuti Vietnam (17), Thailand di tempat keempat dengan sembilan mata dan Indonesia dengan satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 16 2021
Yusoff berkata, masa untuk de Paula (kiri) dan Krasniqi mencapai keserasian masih belum mencukupi bersama skuad Harimau Malaya ketika aksi di UAE baru-baru ini. - Astro AWANI
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Perubahan kepimpinan FAM perlu pastikan kesinambungan, keberkesanan
Meskipun perubahan adalah biasa dalam dunia sukan, ia perlu dilakukan secara terancang supaya tidak menjejaskan perancangan sedia ada.
Hamidin buat keputusan tepat tidak pertahan jawatan Presiden FAM - Kamarul Ariffin
Keputusan Tan Sri Hamidin Mohd Amin untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan adalah tepat.
Hamidin beri laluan kepada pemimpin baharu lonjak FAM ke tahap lebih tinggi
Presiden FAM Tan Sri Hamidin Mohd Amin mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu tahun depan bagi memberi peluang kepada individu lain.
FAM gantung Persatuan Bola Sepak Perlis
(FAM menggantung Persatuan Bola Sepak Perlis daripada menjadi ahli gabungan susulan gagal membayar gaji tertunggak serta pampasan kepada bekas pengarah bola sepak Matt Holland.
Tiket Piala ASEAN dijual bermula hari ini - FAM
Penyokong skuad Harimau Malaya boleh mendapatkan tiket bagi saingan peringkat Kumpulan A Piala ASEAN 2024 bermula hari ini.
Hannah harap kajian Program PPBN siap sebelum hujung tahun ini
Hannah berharap laporan kajian prestasi PPBN yang dilakukan AFC dapat disiapkan sebelum hujung tahun ini.
FAM kunci mulut spekulasi Cahill sertai revolusi Harimau Malaya
FAM mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung spekulasi legenda bola sepak Australia Tim Cahill akan menjadi sebahagian daripada unit khas FAM.
Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia
Bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Tan Sri Dr Ibrahim Saad meninggal dunia di sebuah hospital swasta, pada Jumaat.
Peluang terbaik Harimau Malaya kembali raih kemenangan - Stuart
Dua perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 bulan ini peluang terbaik untuk skuad Harimau Malaya buktikan keupayaan meraih kemenangan.
FAM pandang serius insiden pergaduhan Arif Aiman, Tommy Mawat
FAM memandang serius insiden pergaduhan membabitkan pemain JDT Arif Aiman dan pemain Perak FC Tommy Mawat Bada pada perlawanan Liga Super.