KUALA LUMPUR: Harapan Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 terus menyala selepas menewaskan Thailand 1-0 pada aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), awal pagi ini.
Gol kemenangan skuad Harimau Malaya di Stadium Al Maktoum dijaringkan pemain sayap kanan Muhammad Safawi Rasid menerusi sepakan penalti pada babak kedua perlawanan untuk membantu pasukan mencatat kemenangan kedua ke atas skuad bimbingan Akira Nishino pada kempen itu.
Kejayaan membenam Thailand membolehkan Malaysia merampas kedudukan ketiga Kumpulan G daripada skuad Gajah Perang itu dan melangkah secara automatik ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2023.
Keputusan itu turut menyaksikan ketua jurulatih kebangsaan Tan Cheng Hoe meraih kemenangan keduanya ke atas Thailand, selain berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam empat pertemuan kedua-dua pasukan sejak mula menggalas tugas pada Disember 2017.
Pada perlawanan 'hidup mati' itu, kedua-dua pasukan yang memburu kemenangan pertama sejak kempen kelayakan itu bersambung melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utama masing-masing sebagai menyuntik nafas baharu dalam pasukan bagi memburu tiga mata berharga.
Dalam 10 minit pertama perlawanan menyaksikan kedua-dua pasukan saling menguji kekuatan benteng pertahanan masing-masing dengan pemain sayap Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan pemain tengah Thailand Thanawat Suengchitthawon mempunyai peluang terbaik membuka tirai jaringan.
Kelincahan Muhammad Akhyar memaksa pasukan lawan bekerja keras apabila pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu berjaya melepasi perangkap ofsaid dan hampir meledak gol pembukaan pada minit ke-18, namun gagal menemui sentuhan penyudah dalam situasi satu lawan satu berdepan penjaga gol lawan.
Malaysia terus tampil dengan percubaan berbahaya menerusi tandukan penyerang naturalisasi Guilherme De Paula yang tepat ke Chatchai Bootprom pada minit ke-22 sebelum penjaga gol itu sekali lagi cemerlang menyelamatkan tandukan kapten Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak lima minit kemudian.
Bagaimanapun, Thailand, yang menduduki ranking ke-106, sesekali turut melancarkan serangan ke kubu pertahanan negara menerusi gerakan efektif mereka dengan Thanawat kempunan meletakkan pasukan di hadapan selepas rembatannya pada minit ke-40 sedikit melewati palang gol negara.
Kebuntuan dalam menjaringkan gol memaksa Cheng Hoe membawa masuk Muhammad Safawi dan Muhammad Syafiq Ahmad pada babak kedua sebelum percaturan itu membuahkan hasil apabila diberikan sepakan penalti selepas Muhammad Safawi dikasari pemain pertahanan Ernesto.
Pemain Paling Bernilai Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 itu tenang menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan meskipun rembatan kaki kirinya dapat dibaca Chatchai, namun gagal menangkap kemas bola.
Tersentak dengan jaringan itu, Thailand bangkit memperkemaskan permainan sebelum hampir menyamakan kedudukan menerusi tandukan kapten Thitiphan Puangjan pada minit ke-55 yang hanya menggegar palang.
Malaysia berpeluang menambah jaringan pada minit ke-66 untuk menambah derita Thailand tetapi rembatan deras De Paula melambung tinggi, selain Thailand turut menggandakan asakan dalam usaha mengubah kedudukan namun buntu menemui penyudah sehingga wisel penamat.
Sementara itu, dalam satu lagi aksi Kumpulan G menyaksikan UAE menamatkan rekod tanpa kalah tujuh perlawanan Vietnam dalam kempen kelayakan dengan kemenangan 3-2 di Stadium Zabeel.
Keputusan itu menyaksikan Malaysia menamatkan kempen kelayakan di kedudukan ketiga Kumpulan G dengan mengumpul 12 mata di belakang juara UAE (18 mata) diikuti Vietnam kedua (17 mata) sementara Thailand keempat (sembilan mata) dan Indonesia tercorot dengan mengutip satu mata.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
Safawi Rasid (kiri) menyempurnakan sepakan untuk membuka tirai jaringan dalam aksi terakhir Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 antara Malaysia dan Thailand di Dubai, UAE, awal pagi ini. - Facebook FAM
Letusan Gunung Ruang jejas ruang udara, penutupan lapangan terbang dilanjutkan
Letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara terus menjejaskan ruang udara pada Jumaat, memberi kesan kepada keselamatan penerbangan.
Beras ditemui di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan - KPKM
Beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Boeing hasrat tawarkan kereta terbang di Asia menjelang 2030
Kereta terbang ini dijangka menawarkan penyelesaian untuk pelbagai bandar di Asia yang sering sesak dengan kenderaan.
Piala Thomas: Tze Yong digugurkan, Hon Jian isi kekosongan - Rexy
Ng Tze Yong disahkan tidak akan beraksi pada Piala Thomas 2024 dan kekosongan ditinggalkan naib juara Terbuka Artik 2023 itu akan digantikan dengan pemain beregu, Choong Hon Jian.
Isu surat layang: Mangsa ugutan, gangguan seksual diminta lapor polis
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perak meminta mangsa yang mendakwa menerima ugutan serta gangguan seksual yang dikaitkan dengan isu surat layang tular membabitkan kakitangan perubatan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) supaya membuat laporan polis.
Bekalan Darah: Kadar penderma darah dalam negara masih rendah
Menurut Timbalan Pengarah I, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Tun Maizura Mohd Fathullah, kadar tersebut perlu ditingkatkan bagi memastikan bekalan darah mencukupi terutamanya pada waktu-waktu terdesak.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengumumkan syarat-syarat pelepasan cukai bagi latihan sukan pada Jumaat.
Kastam tumpaskan sindiket penyeludupan, temukan dadah bawah pokok
Jabatan Kastam Diraja Malaysia Pulau Pinang menumpaskan cubaan penyeludupan dadah apabila merampas dadah jenis methaphetamine seberat 30 kilogram bernilai hampir RM1 juta.
Pengawal keselamatan didakwa bunuh anak kandung berusia enam bulan
Seorang bapa yang tergamak mendera anak kandungnya yang berusia enam bulan sehingga mengakibatkan mangsa mati didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, pada Jumaat kerana kesalahan membunuh.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penyelidik Kanan IRIS Institute, Asyraf Farique memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Suspek kes tembak di KLIA dipercayai cuba lari ke luar negara melalui Thailand
Suspek dipercayai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital swasta lebih awal sebelum kejadian tembakan di KLIA berlaku.
Kedutaan Thailand pantau rapat konflik Iran-Israel
Semua kedutaan Thailand di rantau Timur Tengah telah diarahkan untuk terus memantau ketegangan antara Iran dan Israel.
Usaha ubah stigma, tujuh wakil rakyat berbaju Melayu ke Parlimen Thailand
Kesemua mereka merupakan wakil rakyat dari Parti Prachachart dari tiga wilayah majoriti Melayu di Selatan Thailand.
Ranking pasukan bola sepak Vietnam merudum selepas kekalahan dalam aksi kelayakan
Skuad itu kehilangan 30.04 mata selepas dua kekalahan berturut-turut kepada Indonesia pada Mac.
Thailand dan UK akan bentuk perkongsian strategik
Thailand dan United Kingdom akan mengumumkan secara rasmi hubungan mereka sebagai satu Perkongsian Strategik pada Rabu.
14 tentera laut Thailand cedera, kapal terbakar terkena tembakan meriam
Tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat.
Dr Abass Alavi dinobatkan sebagai penerima pertama Anugerah Puteri Chulabhorn
Dr Alavi, saintis dan pakar perubatan di Amerika Syarikat, merupakan seorang pakar dalam bidang pengimejan molekul.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Kejohanan Boling Padang Asia 2024: Malaysia takluk Asia buat kali ke-13!
Malaysia bangkit untuk merangkul dua lagi emas pada hari terakhir saingan Kejohanan Asia kali ini yang diadakan di Pattaya, Thailand.
Arab Saudi mula berpuasa pada Isnin
Sebelum ini, Mahkamah Agung Arab Saudi menggesa umat Islam di negara itu untuk cuba melihat anak bulan Ramadan pada petang Ahad, 10 Mac 2024 bersamaan 29 Syaaban 1445 menurut kalendar Islam.