KUALA LUMPUR: Penang FC berjaya melonjak ke tempat kedua Liga Super, selepas mencatatkan kemenangan tipis 2-1 ke atas Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan, sekali gus meneruskan pemburuan untuk slot ke Piala AFC 2022.
Turun selaku tuan rumah, skuad Tok Gajah berjaya memecahkan kebuntuan pada minit ke-61 menerusi jaringan penyerang import dari Sudan Kenny Athiu, yang meledak masuk lorongan cantik daripada Muhammad Baqiuddin Shamsudin.
Namun, skuad Harimau Kumbang berjaya bangkit menyamakan kedudukan menerusi pemain import dari Brazil Endrick dos Santos pada minit ke-68, apabila percubaannya gagal ditangkap dengan kemas oleh penjaga gawang Sri Pahang Mohamad Helmi Eliza Elias.
Kecuaian di bahagian pertahanan sekali lagi menghukum skuad kendalian Dollah Salleh, apabila bola yang cuba dikeluarkan oleh pemain pertahanan terkena lutut Muhammad Danial Ashraf Abdullah, sebelum terpantul masuk ke dalam gawang pada minit ke-72.
Keputusan itu membantu Penang FC mengumpul 40 mata selepas 21 perlawanan, untuk memintas Kedah Darul Aman (KDA) FC yang mempunyai 39 mata dengan kelebihan satu perlawanan dan Terengganu FC yang memiliki 37 mata.
Sementara itu, Selangor FC pula berpesta gol 6-0 ke atas Sabah FC, untuk mencatatkan kemenangan terbesar musim ini di Stadium Likas, Kota Kinabalu.
Skuad Gergasi Merah bermula garang apabila penyerang import dari Nigeria Ifedayo Olusegun mengegarkan gawang pasukan tuan rumah sebanyak dua kali dalam dua minit pada minit ke-22 dan 24, sebelum Mukhairi Ajmal melebarkan jurang pada masa kecederaan babak pertama (45+1).
Bersambung babak kedua, Selangor terus menambah derita buat skuad 'The Rhinos' menerusi jaringan Mohammad Nor Hakim Hassan pada minit ke-46 dan Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-75.
Ifedayo melengkapkan hatriknya pada minit ke-89, sekali gus mencipta rekod baharu 25 gol dalam semusim Liga Super.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 05 2021
Penjaring gol kemenangan Penang FC Muhd Danial Ashraf Abdullah (kiri) sujud syukur selepas berjaya menewaskan Sri Pahang FC pada perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur malam tadi. --fotoBERNAMA
16 kereta, tiga rumah rosak ditimpa pokok akibat hujan lebat di KL
Dalam semua kejadian berkenaan tiada mangsa dilaporkan cedera.
Tragedi Easter: 45 maut, bas terbabas, terbakar
Kesemua yang meninggal dunia itu dilaporkan dalam perjalanan menuju perhimpunan Easter.
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried dipenjara 25 tahun
Bankman dituduh mencuri AS$8 bilion daripada pelanggan dan pelabur syarikat pertukaran mata wang kripto FTX yang kini telah muflis.
Melaka sasar nilai pelaburan RM10 bilion, fokus 10 sektor
Kerajaan negeri berada di landasan terbaik dengan sasaran nilai pelaburan RM10 bilion, apabila meletakkan 10 sektor industri sebagai fokus utama pada tahun ini.
Sabah akan pelbagaikan sumber ekonomi - Ketua Menteri
Sabah tidak boleh hanya bergantung kepada dagangan sumber sedia ada terutama kelapa sawit, minyak dan gas dalam membangunkan ekonomi negeri.
Sarawak perkasa industri hiliran untuk hasilkan produk kayu bernilai tinggi
Kerajaan Sarawak akan terus memperkasakan industri hiliran seperti penghasilan biojisim bagi meningkatkan lagi pengeluaran produk kayu nilai tambah tinggi.
Duta, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia perlu mahir pelaburan, perdagangan
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan mahu perwakilan ke luar negara iaitu Duta Besar dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia mahir dalam aspek perdagangan bagi membawa masuk pelaburan ke dalam negara.
Malaysia kekal komited usaha reformasi ekonomi, terima inovasi dan pembangunan mampan
Malaysia kekal komited dalam usaha mereformasi ekonomi dan pada masa sama, bersedia menerima inovasi serta pembangunan mampan, kata TPM Fadillah.
PSM adakan mesyuarat pascanilai padang SNBJ awal minggu depan
Perbadanan Stadium Malaysia bakal mengadakan mesyuarat pascanilai (post-mortem) berkenaan isu padang SNBJ pada awal minggu hadapan.
Nyawa tiada nilai, maruah pula dibuat main oleh Israel
Sudahlah kejam, jijik, tidak beradap pula. Tidak cukup dengan kekejamannya membunuh berpuluh ribu rakyat Palestin, nyawa manusia di bumi Gaza itu bagaikan tiada nilai buat mereka. Dalam beberapa video yang tular baru-baru ini, tentera Israel dengan bangganya memperolok maruah rakyat Palestin dengan bermain pakaian dalam wanita yang ditemui di rumah-rumah penduduk di situ.
Malaysia sekali lagi tewas 0-2 kepada Oman
Malaysia gagal membalas kekalahan kepada Oman di Muscat pada Jumaat lepas setelah sekali lagi tewas 0-2 dalam saingan Kumpulan D Kelayakan Piala Asia 2026.
Endrick belum tahap Pele
Penyerang muda Brazil, Endrick belum boleh disamakan dengan mendiang Pele, menurut Ketua Jurulatih Brazil, Dorival Junior.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Ada lagi pemain import sertai Sang Kenari - Nafuzi
KDA FC belanja ikut kemampuan dan mengamalkan penjimatan seperti mengukur baju di badan sendiri.
Kelayakan Piala Dunia/Piala Asia: Harimau Malaya punya kelebihan bermain di gelanggang sendiri - Shahrul
Harimau Malaya enggan kehilangan mata lagi bila beraksi di laman sendiri nanti.
Euro 2024: Southgate positif di sebalik England tersungkur kepada Brazil
Gareth Southgate gembira dengan mutu persembahan England meskipun tewas kepada Brazil dalam perlawanan persahabatan.
Perak tetap sertai bola sepak SUKMA di Kuching
Katanya, sekiranya Perak FC tidak bersedia untuk menyediakan pasukan, Majlis Sukan Negeri Perak akan membuat persiapan sendiri.
Pengurus Besar Fiorentina meninggal dunia
Barone dirawat di hospital Isnin selepas rebah pada Ahad ketika pasukan itu meninggalkan hotel untuk perlawanan di Atalanta.
Empat pemain kelab Velez Sarsfield berdepan tuduhan serangan seksual
Empat pemain kelab bola sepak Argentina, Velez Sarsfield ditahan atas perintah mahkamah Argentina selepas dituduh melakukan serangan seksual pada Isnin.
Penalti Ronaldo cukup buat Al-Nassr kembali temui rentak kemenangan
Ronaldo selesa menyempurnakan gol yang ke-23 dalam saingan Liga Pro Saudi selepas 68 minit, menewaskan penjaga gol Edouard Mendy.