KUALA LUMPUR:Bekas pengadil elit Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) dan kebangsaan Subkhiddin Mohd Salleh mencabar barisan pengadil tempatan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab supaya kewibawaan mereka di atas padang tidak dipersoalkan.
Menjelang saingan Piala Malaysia yang dijadual bermula awal bulan depan, Subkhiddin, yang merupakan tenaga pengajar bahagian teknikal pengadil Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.
Subkhiddin, 53, berkata persediaan dari segi pemahaman mengenai bola sepak dan keupayaan membaca perlawanan dapat mengelak seseorang pengadil daripada membuat keputusan meragukan sehingga gagal mengawal perlawanan dengan baik.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berkata pengadil yang tidak bersedia akan berasa tertekan ketika menjalankan tugas yang turut berpotensi mempengaruhi keputusannya di atas padang.
"Pengadil kalau tidak bersedia, dia akan menjadi seperti yo-yo, sentiasa susah hati memikirkan apa yang perlu dibuat dalam sesuatu perlawanan itu," katanya kepada Bernama.
"Pengadil perlu ada pengetahuan tentang perlawanan yang ditugaskan, gaya permainan kedua-dua pasukan, kedudukan semasa, rekod perlawanan. Apabila semua input berada dalam genggaman baru boleh imbangi pengadilan dengan baik," tambah Subkhiddin.
Menyentuh mengenai keupayaan membaca perlawanan, beliau berkata pengadil harus bijak menjangkakan sesuatu insiden berdasarkan intensiti perlawanan ketika itu, sambil menekankan kedudukan di atas padang memainkan peranan penting dalam membantu pengadil membuat sebarang keputusan.
Jelas beliau, pengadil sering kali tersilap membuat keputusan apabila tidak dapat melihat kejadian dengan jelas akibat gagal berada di kedudukan yang tepat ketika sesuatu insiden berlaku dalam perlawanan tersebut.
"Pengadil perlu selalu berada hampir di kawasan yang dijangkakan kerana mereka akan lebih berada dalam keadaan tenang dan bersedia untuk membuat sesuatu keputusan. Jika pengadil asyik sampai selepas insiden berlaku, mereka tidak nampak apa proses tersebut," katanya.
Pada masa sama, Subkhiddin turut menggalakkan pengadil kebangsaan menjadi lebih kreatif dengan memperbanyakkan menonton perlawanan di Internet sebagai alternatif kepada kekangan dihadapi dalam membuat persediaan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada masa ini.
Di Malaysia, kemuncak kepada ketidakpuasan hati peminat terhadap mutu pengadilan tempatan dalam beberapa tahun kebelakangan memaksa FAM beralih menggunakan khidmat pengadil profesional dari Jepun bagi mengadili aksi final Piala FA musim lepas.
Namun, kesalahan serta kecuaian dalam membuat keputusan melibatkan beberapa aksi berprofil tinggi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini, menyaksikan mutu pengadilan tempatan masih pada tahap membimbangkan.
Enggan meletakkan sepenuhnya kesalahan di bahu pengadil kebangsaan, Subkhiddin mengakui kebanyakan pengadil kebangsaan bukan berstatus profesional dan mempunyai pendapatan tetap, sebaliknya tugasan mengadili perlawanan adalah pekerjaan sambilan.
"Jawatankuasa Pengadil FAM tidak boleh lepas tangan dan perlu bawa masalah pengadil ini. Walaupun mereka tidak dibayar secara profesional, bantulah mereka untuk jadi lebih profesional kerana mereka tidak fikir pasal penat atau masalah bayaran sebaliknya hanya fikiran tertumpu pada perlawanan.
"Ia salah satu cara untuk bantu pengadil lebih fokus menjelang tugasan mereka, kalau dia datang ke perlawanan dengan masalah, dia akan hilang konsentrasi," tegas Subkhiddin.
Bagi menjaga kualiti mutu pengadilan tempatan, Jawatankuasa Pengadil FAM baru-baru ini menggantung tugas empat pengadil serta empat lagi diberikan amaran keras berikutan prestasi tidak konsisten mengadili saingan Liga-M musim ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 24 2020

SUBKHIDDIN: Pengadil yang tidak bersedia akan berasa tertekan ketika menjalankan tugas yang turut berpotensi mempengaruhi keputusannya di atas padang. - Facebook Subkhiddin Mohd Salleh
Mudahkan maklumat laluan pendidikan tinggi
Karnival Jom Masuk U (JMU 2025) menjadi platform penting menyampaikan maklumat berkaitan laluan pendidikan tinggi secara langsung dan menyeluruh kepada bakal mahasiswa.
KPT komited bantu golongan B40, OKU akses pendidikan tinggi
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) terus komited dalam membantu meringankan beban rakyat dengan menyediakan pelbagai bentuk pembiayaan dan kemudahan kepada golongan berpendapatan rendah untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Peluang bertemu PM tidak dilepaskan
Lebih 10 ribu pengunjung, bukan sahaja dari Kuching dan Samarahan, bahkan sejauh Semenanjung Malaysia hadir memeriahkan Majlis sambutan Aidilfitri Madani di Stadium Perpaduan, Kuching.
Fokus kukuh ekonomi, usah terlalu gusar soal tarif - Abang Jo
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata Malaysia harus terus memberi fokus dalam usaha mengukuhkan ekonomi negara dan mempertahankan kestabilan politik.
PM mahu projek pembangunan luar bandar Sarawak disegerakan
Perdana Menteri berkata rakyat tidak mahu projek-projek tersebut hanya sekadar diumum, sebaliknya ia perlu dilaksanakan.

JPJ tidak akan kompromi, tunduk pada ugutan tonto - Loke
Loke menegaskan JPJ tidak akan berkompromi dengan sebarang ugutan dan akan terus menjalankan tugas dengan berani tanpa rasa takut atau pilih kasih.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Polis Singapura tahan tiga rakyat Malaysia ceroboh perairan
Anggota PCG melakukan rondaan sekitar 2.05 petang apabila mereka mengesan sebuah sampan yang tidak dikenali di perairan Pulau Sarimbun.

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.

Malaysia patut dapat sepakan percuma - Subkhiddin
Kontroversi tercetus apabila Sato menganugerahkan sepakan penalti kepada tuan rumah dan turut melayangkan kad merah kepada Muhammad Azam.

Pengadil kebangsaan dicabar bukti kewibawaan
Subkhiddin Mohd Salleh menggalakkan setiap pengadil kebangsaan membuat persediaan rapi dari segi mental dan fizikal.