IPOH: Pengendali Perak FC Yusri Che Lah enggan cepat melatah sebaliknya sedia memberikan masa kepada penyerang import dari Croatia Stipe Plazibat untuk menjumpai sentuhan jaringannya.
Beliau berkata Plazibat masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan diterapkan The Bos Gaurus dan melalui pengamatannya, bekas pemain kelab Lion City Sailors FC yang merupakan penjaring terbanyak Liga Singapura bagi musim 2020 itu mampu menjelmakan impak positif kepada pasukan.
"Apabila seorang penyerang yang dibeli oleh kelab baharu, dia sendiri pun bagi saya cuba membantu pasukan dengan sebaik mungkin. Itu saya pasti, cumanya setakat ini Plazibat masih belum menjaringkan gol.
"Saya akui peminat tidak boleh tunggu cumanya di sini yang perlu diberikan keutamaan adalah kemenangan, bukannya bercakap tentang bagus atau pun tidak pemain import yang kita pilih," katanya ketika ditemui pemberita di Stadium Perak di sini malam tadi.
Dalam aksi Liga Premier 2022 yang berlangsung di stadium berkenaan, Plazibat yang diturunkan pada babak kedua permainan gagal membantu Perak FC menoktahkan kemenangan apabila sekadar seri 0-0 berdepan Terengganu FC II.
BACA: Perak FC, TFC II kongsi satu mata di Ipoh
Penampilan Plazibat malam tadi adalah yang ketiga setelah mengikat kontrak bersama Perak FC pada 23 Jun lepas.
Berikutan keputusan itu, Perak FC yang telah mengharungi 12 perlawanan sekadar menduduki tangga ke sembilan dengan satu mata manakala Terengganu FC II kekal di tangga teratas liga setelah mengutip 23 mata.
Mengulas aksi The Bos Gaurus dalam mengharungi pusingan kedua saingan liga, jurulatih berasal dari Perlis itu berpuas hati namun mengharapkan setiap pemain berusaha lebih keras bagi memastikan kemenangan dapat dihasilkan dalam baki enam perlawanan selepas ini.
Sementara itu, jurulatih Terengganu FC II Badrul Afzan Razali mengakui kehilangan penyerang import dari Ghana, Jordan Mintah yang dipinjamkan ke KL City FC sedikit sebanyak mempengaruhi persembahan pasukannya dalam mengharungi pusingan kedua liga.
Beliau berkata walaupun ia memberi ruang kepada pemain muda untuk mendapat minit permainan dengan lebih banyak, skuad pelapis Sang Penyu itu berdepan masalah ketumpulan di barisan serangan.
"Ini satu cabaran, namun saya tidak mahu menjadikan ia sebagai alasan. Kita akan berusaha lebih keras untuk memastikan kedudukan sebagai pendahulu akan terus dikekalkan sehingga tamat liga," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 17 2022

Yusri puas hati dengan aksi The Bos Gaurus namun mengharapkan setiap pemain berusaha lebih keras bagi memastikan kemenangan dapat dihasilkan dalam baki enam perlawanan selepas ini. - Gambar fail

Bintang 'Bridgerton' Rege-Jean Page dinobat lelaki paling kacak menurut sains
Simetri wajah Page 93.65 peratus tepat kepada Nisbah Emas Yunani yang mengukur kesempurnaan fizikal.

Mangsa banjir di Sabah menurun, Johor meningkat, Pahang kekal
JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir di Pitas dan Lahad Datu dijangka kekal, manakala di Paitan mungkin menurun hari ini.

PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Singapura esok
Wisma Putra dalam satu kenyataan memaklumkan, lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Lee Hsien Long.

Pas akan bincang tarikh PRN dengan pimpinan tiga negeri dikuasai PH
Setakat ini pihaknya belum memutuskan tarikh PRN sehingga perbincangan dilakukan bersama pimpinan negeri yang lain.

Tak boleh terima hakikat kelab kecil dari Asia mendahului - Tunku Ismail
Menurut Tunku Ismail, pengadil dari Serbia itu juga gagal mengawal perlawanan.

Tunjuk Perasaan | Puluhan ribu warga pendidik berhimpun
Berpuluh-puluh ribu guru dan warga pendidik awam di Portugal mengadakan tunjuk perasaan untuk menuntut keadaan pembelajaran di sekolah yang lebih baik, gaji yang berpatutan dan penghormatan terhadap kerjaya mereka.

Politik | Jeneral bersara NATO Presiden baharu Republik Czech
Jeneral bersara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) Petr Pavel menjadi Presiden baharu Republik Czech selepas berjaya menewaskan bekas Perdana Menteri, Andrej Babis dalam pilihan raya yang diadakan pada Sabtu.

Banjir | New Zealand tanggung tahap kemusnahan yang teruk
Tiga orang maut manakala seorang lagi hilang selepas banjir besar melanda seluruh bandar Auckland, ekoran hujan lebat yang berterusan selama dua hari sejak Jumaat.

COVID-19 | Jepun tarik semula penggunaan pelitup muka
Jepun akan menarik semula arahan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dan akan menurunkan taraf klasifikasi COVID-19.

Bila PRN? | Pas akan hubungi pimpinan 3 negeri ditadbir Pakatan Harapan
PAS akan menghubungi pimpinan tiga negeri yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dalam waktu terdekat untuk mengadakan pertemuan bagi membincangkan tarikh Pilihan Raya Negeri, PRN.

Perak tetap ada perancangan buat Yusri Che Lah
Tiga nama besar dikaitkan untuk memacu kelab Liga Perdana itu.

Pengendali Perak FC tagih sentuhan magis penyerang import
Beliau berkata Plazibat masih dalam proses menyesuaikan diri dengan corak permainan diterapkan The Bos Gaurus.

Liga Premier: Perak FC tagih pengalaman pemain senior
Yusri berkata pihaknya telah mengikat dua bekas pemain kebangsaan bagi memperkuatkan pasukan.

Yusri Che Lah letak jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN
Jodoh bekas pemain kebangsaan Yusri Che Lah bersama Skuad Projek FAM-MSN tidak kekal lama apabila beliau meletak jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan itu.

Liga Super: Kuala Lumpur City FC seri dengan Perak FC
Anak didik Bojan Hodak kekal berada di tangga keenam liga dengan 19 mata selepas hanya mencatat empat kemenangan dalam 15 perlawanan.

Skuad projek FAM-MSN harus diteruskan - Kim Swee
Kim Swee yang mengulas mengenai prestasi buruk skuad bimbingan Yusri Che Lah itu, turut menolak idea pembubaran pasukan berkenaan.

Skuad projek FAM-MSN kenal pasti tiga pemain tunjukkan peningkatan ketara
Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN telah mengenal pasti tiga pemain yang menunjukkan peningkatan ketara dalam bola sepak.

Projek FAM-MSN tidak mungkin lahirkan pemain hebat dalam masa singkat - Jurulatih
Skuad 'ubi muda' Projek FAM-MSN yang melalui enam perlawanan tanpa sebarang kemenangan, masih memerlukan masa.

Yusri ketengahkan ramai pemain muda - Kim Swee
Datuk Ong Kim Swee menyifatkan pelantikan Yusri, 44, bukan sekadar tangkap muat tetapi telah melalui proses penilaian teliti.

Jurulatih dari Itali dijangka sertai Kelantan
Norizam berkata ketika ini rundingan dengan calon ketua jurulatih itu sudah masuk ke fasa terakhir dan jurulatih itu menunjukkan minat bersama Kelantan.