awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penggantungan jawatan Annuar tidak jejaskan KAFA, TRW

Bernama
Bernama
31/01/2017
15:31 MYT
Penggantungan jawatan Annuar tidak jejaskan KAFA, TRW
Penggantungan tugas Annuar sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi PMB tidak menjejaskan pasukan bola sepak Kelantan TRW dalam saingan Liga M. - Gambar fail
Penggantungan tugas Tan Sri Annuar Musa sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) tidak menjejaskan pasukan bola sepak Kelantan The Red Warriors (TRW) dalam menghadapi saingan Liga Malaysia 2017.
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) Datuk Ismail Md Noor berkata tindakan terhadap Annuar yang juga penasihat Kafa itu juga tidak menjejaskan penajaan kepada pasukan berkenaan.
"Malah, persiapan TRW untuk menghadapi Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, Sabtu ini, juga tidak terjejas," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Ismail berkata pihaknya menghormati keputusan Mara itu yang bertujuan memberi peluang dan ruang kepada penyiasatan secara telus.
Mara hari ini menggantung tugas Annuar sebagai pengerusi agensi itu dan pengerusi PMB berkuat kuasa serta-merta.
Ahli Majlis Mara Datuk Dr Yusof Yacob dilaporkan berkata penggantungan itu dibuat bagi membolehkan audit dalaman Mara menyiasat beberapa perkara mengenai agensi tersebut termasuk penajaan PMB dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) untuk pasukan TRW.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KAFA
#PMB
#Tan Sri Annuar Musa
#TRW
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan