awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tapir jantan seberat 300 kg mati dirempuh kereta di Dungun
Hamas beri amaran "kesan serius" jika Israel terus cabuli perjanjian gencatan senjata
Kerjasama NGO, swasta model terbaik bina masyarakat berteraskan nilai - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penolong jurulatih pertahankan Lionel Messi

Astro Awani
Astro Awani
26/02/2013
01:59 MYT
Penolong jurulatih pertahankan Lionel Messi
Penolong jurulatih Barcelona, Jordi Roura mempertahankan persembahan Lionel Messi yang dikatakan tidak konsisten sejak akhir-akhir ini.
Bagi Roura, kegagalan pemain terbaik dunia itu menjaringkan gol dalam perlawanan penting bukan bermakna prestasinya merosot.
Gol Messi ketika menentang Sevilla membolehkan Barca meraih kemenangan berharga 2-1, Sabtu lalu.
Ia juga merekodkan gol ke-15 pemain antarabangsa Argentina itu dalam La Liga.
Namun, prestasinya dikritik susulan kegagalan menghasilkan gol pada perlawanan pertama Copa del Rey menentang Real Madrid dan ketika Barca tunduk 0-2 kepada Ac Milan dalam saingan liga juara-juara Eropah.
Kritikan bahawa Messi tidak efektif dibidas Roura yang menyifatkan pemain berusia 26 tahun itu masih yang terbaik buat Barca.
“Leo (Messi) adalah seorang pemain yang bagus dimata saya, walaupun dia dilihat kurang memberangsangkan buat ketika ini, namun bagi saya semua orang mampu menjadi lebih baik, ianya termasuk kamu dan saya. Mari kita lihat sama ada Messi akan bertambah baik mahupun tidak,” kata Roura.
Lantas, Roura berasakan Messi tetap akan berdepan kesukaran untuk menjaringkan gol menentang Real bagi aksi timbal balik Copa del Rey.
Pada pertemuan pertama di Santiago Bernabeu, kedua-dua pasukan terikat satu sama.
Keputusan seri tanpa jaringan di Nou Camp sudah memadai buat pendahulu liga ini melangkah ke final sekaligus mencerahkan peluang mempertahankan kejuaraan.
Topic Berkaitan
#Barcalona
#Copa del Rey
#Jordi Roura
#Lionel Messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan