Selepas 11 hari saingan, tirai temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 dilabuhkan dalam suasana sederhana di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil, malam ini.
Majlis penutup yang dihadiri kira-kira 5,000 atlet dan pegawai daripada 14 kontinjen yang mengambil bahagian itu disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dua atlet gimnastik artistik, Daniel Iskandar Richard (Selangor) dan Esmelda Arecia Menti Alfred Giling (Sarawak), masing-masing dinobatkan sebagai Atlet Lelaki Terbaik dan Atlet Wanita Terbaik, untuk membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM1,000 masing-masing.
Daniel Iskandar, 19, meraih tiga pingat emas dalam acara berpasukan, keseluruhan individu dan kekuda berpelana dan pingat perak dalam acara melombol dan palang tunggal.
Esmelda Arecia Menti, 13, pula meraih dua pingat emas menerusi disiplin individu dalam melombol dan titian imbangan, pingat perak dalam acara berpasukan, palang bertingkat dan senam lantai, selain pingat gangsa menerusi acara individu keseluruhan.
Pada majlis berkenaan, Khairy turut menyampaikan trofi juara keseluruhan kepada Selangor selepas kontinjen merah kuning itu meraih 23 pingat emas, 17 perak dan 30 gangsa kepada ketua kontinjennya, Dr Ahmad Yunus Hairi.
Kejayaan itu adalah yang kelapan buat Selangor selepas kali terakhir muncul juara keseluruhan pada edisi ke-11 di Kedah pada 2006.
Sebaik sahaja bendera temasya Sukma diturunkan dan obor temasya dipadamkan, Khairy kemudian menyerahkan bendera itu kepada Menteri Besar Perlis Azlan Man.
Sebagai mengalu-alukan kedatangan atlet dan pegawai ke temasya Sukma Perlis tahun depan, majlis diserikan dengan persembahan kebudayaan oleh Kumpulan Kebudayaan Jabatan Pelajaran Negeri Perlis.
Temasya yang pada awalnya dikhuatiri terjejas akibat keadaan jerebu yang melanda negara bulan lepas, berjalan dengan baik.
Pada edisi kali ini, MSN selaku pengelola temasya itu, menyenaraikan dua jenis sukan baharu yang dikategorikan sebagai sukan bukan pilihan iaitu muay thai dan 'woodball' selain memperkenalkan acara baharu dalam bola sepak iaitu bola sepak pantai.
Turut dipertandingkan pada edisi kali ini ialah 20 acara sukan lain iaitu akuatik (polo air dan renang berirama), bina badan, bola baling, bola jaring, bola keranjang, futsal, bola tampar (pantai dan dewan), ekuestrian, gimnastik artistik, judo, kabaddi, kriket, lawan pedang, mendayung, ping pong, ragbi, silambam dan sofbol.
Kesemua acara dilangsungkan di 18 venue di sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya, Serdang, Puchong, Shah Alam dan Pantai Morib dari 28 Jun hingga 7 Julai.
Dalam ucapan penutupnya, Khairy berkata kelainan Sukma tahun ini adalah dari segi pola taburan pingat yang tidak didominasi kontinjen tertentu seperti yang berlaku pada edisi terdahulu.
"Banyak keputusan yang membanggakan dapat dilihat pada Sukma edisi tahun ini namun kita tidak boleh cepat berpuas hati kerana masih terdapat banyak ruang dan usaha yang perlu dilakukan secara berterusan," katanya.
Bernama
Mon Jul 08 2013
AWANI Tonight: PM launches National AI Office
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim launches the national artificial intelligence office today, with the aim to position Malaysia as a regional AI hub.
AWANI Tonight: Australia to charge tech companies for news content
Australia is set to introduce new rules that will penalise big tech companies if they don't compensate Australian media outlets for news content on their platforms.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Usul bahas laporan RCI Batu Puteh bukan untuk dakwa mana-mana pihak - Azalina
Perbahasan laporan RCI bagi membolehkan kerajaan mengambil cadangan serta keputusan untuk memperbaiki kelemahan berkaitan kes berkenaan.
Kastam gagalkan penyeludupan dadah lebih setengah juta ringgit
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah selepas merampas 233.14 kilogram (kg) daun khat, kanabis, dan methamphetamine dianggarkan bernilai RM546,708.
Pertumbuhan industri tenaga bersih dijangka kurangkan tumpuan kuasa besar ke atas Syria - Pakar
Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa, Dr. Zokhri Idris berkata pertumbuhan industri kenderaan elektrik (EV) dan tenaga bersih dijangka akan mengurangkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Barat secara umum dan Syria khasnya. Jelasnya, kebergantungan yang semakin menurun terhadap sumber petroleum dan gas asli akan menjurus kuasa-kuasa besar untuk memberi tumpuan kepada persaingan teknologi. #DialogTigaPenjuru
HTS perlu perkenalkan identiti bangsa, menggantikan Baathisme - Pakar
Presiden International Movement for a Just World (JUST), Dr. Chandra Muzaffar berkata kerajaan baharu Syria pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS) perlu mencapai kata sepakat mengenai identiti dan ideologi baharu bangsa itu. Jelasnya, aliran Baathisme yang di bawa oleh rejim Assad yang berakar di Syria jelas mempunyai kelemahan tersendiri. #DialogTigaPenjuru
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan. #AWANInews
Kes Wan Saiful: Lebih RM900,000 dimasukkan ke akaun bank tiga syarikat
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu wang berjumlah RM976,380 dimasukkan ke dalam akaun bank tiga syarikat menerusi lima transaksi, dua tahun lepas.
Kerajaan baharu Syria perlu selesaikan isu pelarian dalaman - Pakar
Profesor Pengajian Keselamatan dan Strategik Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Prof. Dr. Mizan Mohammad Aslam berkata isu 6.9 juta pelarian dalaman perlu diberikan tumpuan oleh kerajaan baharu Syria. Jelasnya, ini merupakan antara cabaran besar yang bakal menguji keupayaan kerajaan baharu pimpinan Hayat Tahrir al-Sham (HTS). #DialogTigaPenjuru
Sidang Kemuncak G20 Bali berakhir dengan komitmen tangani cabaran ekonomi
Sidang kemuncak G20 yang berlangsung di Bali, Indonesia melabuhkan tirainya pada Rabu.
'Selamat tinggal Jakarta-Palembang...jumpa di Hangzhou 2022!'
Lebih 60,000 penonton di stadium dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan serta nyanyian oleh artis-artis terkenal Indonesia serta persembahan kumpulan K-pop dari Korea Selatan.
Penutupan temasya SUKMA 16 berlangsung sederhana
Tirai temasya Sukan Malaysia (Sukma) ke-16 dilabuhkan dalam suasana sederhana di Stadium Mini Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil.