awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Penyokong KDA tidak puas hati keputusan pengadil

Sinar Harian
Sinar Harian
05/03/2023
02:00 MYT
Penyokong KDA tidak puas hati keputusan pengadil
Penyokong KDA FC berkumpul di hadapan pintu utama Stadium Darul Aman namun keadaan terkawal dengan kawalan polis pada malam Sabtu. - Gambar kecil: Ridzuan (kiri), Affendi - Sinar Harian
HAMPIR 1,000 penyokong Kedah Darul Aman (KDA) FC berkumpul di hadapan pintu utama Stadium Darul Aman selepas aksi ketiga Liga Super 2023 pasukan tersebut tewas 0-1 kepada PDRM FC pada Sabtu malam.
Tindakan itu dilakukan oleh mereka bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap beberapa keputusan Mohd Azizan Saat Ariffin yang mengadili perlawanan tersebut.
Bagaimanapun keadaan di hadapan pintu utama stadium itu terkawal selepas pegawai dan anggota polis turut berada di situ dan penyokong mula bersurai menjelang hampir jam 12 tengah malam.
Pada perlawanan itu, Mohd Azizan telah melayangkan kad merah kepada kapten KDA FC, Manuel Ott pada minit ke-59 kerana dilihat mengasari pemain lawan.
Situasi semakin memberikan tekanan kepada Sang Kenari apabila ketua jurulatihnya, Nafuzi Zain turut dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana dipercayai mengganggu tugas pengadil perlawanan.
Dua keputusan itu dipercayai menjadi sebab moral pemain KDA FC terganggu dan gawang mereka akhirnya bolos pada minit ke-74 menerusi jaringan penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki.
Seorang penyokong KDA FC, Ridzuan Che Aman, 44, dari Alor Setar mengharapkan agar pihak berwajib mengambil berat mutu pengadilan kerana dilihat mampu menjejaskan rentak permainan.
"Saya harap perkara ini tidak akan berulang lagi kerana mutu pengadilan sebegini boleh menyebabkan rentak perlawanan dan juga perasaan pemain tidak akan dapat dikawal.
"Penyokong juga boleh menjadi tidak terkawal dan pengadil perlu adil dan telus dalam memberikan keputusan," kata bekas tentera itu.
Seorang lagi penyokong KDA FC, Affendi Rosmadi, 29, pula mengakui hampa dengan beberapa keputusan pengadil yang didakwa tidak adil.
"Kita harap pihak sepatutnya dapat membuat perubahan lagi untuk membaiki mutu pengadilan untuk akan datang.
"Jika mutu sebegini tidak diperbaiki, mungkin penyokong tidak mahu lagi menonton perlawanan bola sepak tempatan," ujarnya yang datang dari Kodiang, Kubang Pasu. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Liga Super
#KDA FC
#PDRM FC
#penyokong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan