Penyokong Man United protes di luar Old Trafford

Astro Awani
Mei 13, 2021 23:37 MYT
Penyokong Manchester United mengadakan protes terhadap keluarga Glazer sebelum perlawanan EPL menentang Liverpool di Stadium Old Trafford, Manchester, England, 13 Mei, 2021. (Foto AP)
KEMARAHAN penyokong terhadap isu pemilikan kelab menyaksikan ratusan lagi mengadakan bantahan di hadapan Stadium Old Trafford.
Protes berlangsung sebelum aksi Manchester United dengan Liverpool.
Protes bagaimanapun tidak mengganggu perjalanan perlawanan.
Pihak berkuasa menempatkan sejumlah besar anggota polis untuk mengawal keadaan.
Dua individu ditahan kerana kesalahan awam.
BACA: EPL: Liverpool tewaskan Manchester United 4 - 2
Protes dipercayai berpunca daripada cadangan Man United menyertai Liga Super Eropah bulan lalu.
Kelab itu bagaimanapun membatalkan penyertaan selepas bantahan umum.
Susulan perkembangan itu, pemilik bersama United, Joel Glazer berikrar untuk memperbaiki hubungan dengan penyokong.
#Manchester United #Liverpool #EPL #protes #polis #Liga Super Eropah