KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) Perak FC, Yunus Zakariah, mendedahkan bahawa pasukan itu sudah hampir pasti mencapai kata sepakat dengan sebuah syarikat tempatan yang bersedia mengambil alih pemilikan kelab berkenaan.
Tambahnya, segala urusan dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Khamis ini dan diharapkan dengan berita baik itu, segala kemelut dalaman The Bos Gaurus dapat berakhir dengan segera.
"Kami telah menerima rangka akhir perjanjian daripada pihak JR Resources dan kami telah menyenaraikan perkara-perkara dan maklumat-maklumat yang kami perlukan supaya kami boleh memanjangkannya kepada setiausaha syarikat kami," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Fadhirul Shuhaimi.
"Kami menjual Perak FC Sdn Bhd dengan harga RM1 bagi setiap pegangan.
"Jadi, secara keseluruhannya, ia berjumlah RM2,500 sahaja," katanya.
Penyokong Perak FC dilaporkan mengutip dana bagi membantu pasukan itu dan mengulas mengenai perkara berkenaan, Yunus menambah: "Saya fikir ia sesuatu yang amat baik tetapi saya tidak boleh mengambil kredit kerana ia adalah usaha daripada penyokong Perak FC dan sudah pasti kami sebagai pihak pengurusan berbangga dengannya.
"Sebagai CEO dan bagi pihak syarikat saya, kami mahu memohon maaf kepada penyokong, kepada pasukan teknikal dan pemain seandainya anda berasakan kami sebagai individu atau organisasi yang tidak mempedulikan kelab ini.
"Kami mahu semua orang tahu yang Perak FC amat dekat di hati kami, ia sesuatu yang kami miliki, jadi kami akan bertanggungjawab sehabisnya.
"Kami bekerja siang dan malam untuk memastikan Perak FC -- walaupun kami dalam keadaan susah, kami bekerja keras untuk memastikan jika kami mahu melepaskan Perak, kami akan melepaskannya kepada mereka yang mampu untuk memacu Perak sepanjang musim ini," katanya.
Astro Arena
Tue Apr 19 2022

Berita baik itu diharap dapat menyelesaikan segala kemelut dalaman The Bos Gaurus dengan segera. - Foto Astro ARENA

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat 'Keluarga Dunia'
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan, serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata, ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pasca pandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Bapa mangsa kelar tidak simpan dendam kepada menantu
Walaupun kematian anak dan cucu, Rosman Ahmad tidak berdendam kepada menantunya, yang menjadi suspek kepada pembunuhan kejam. Walaupun suspek mengelar leher kedua-dua mangsa, Rosman yakin apa yang berlaku adalah di luar kawalan menantunya.

Malaysia-Turki | PM tiba di Istanbul bagi lawatan rasmi empat hari
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Sabiha Gokcen (ISG) bagi memulakan lawatan rasmi empat hari ke Turki atas jemputan Presiden Recep Tayyip Erdogan.

Banjir Baling | PM arah salur bantuan segera kepada mangsa
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan bantuan segera disampaikan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kejadian banjir di Baling, Kedah. Perdana Menteri yang kini berada di Turki untuk lawatan rasmi, berkata beliau turut mengarahkan setiausaha politik, Datuk Mohammad Anuar mewakilinya, untuk turun ke kawasan bencana bagi meninjau dan memastikan bantuan disalurkan secepatnya kepada mangsa.

Wanita maut dicekik ketika disamun
Seorang wanita berusia 52 tahun maut setelah dicekik sehingga mati oleh seorang lelaki dalam satu kejadian samun, pada jam 6 pagi tadi.

'Jika Najib mahukan pengampunan, ikut proses' - Tok Mat
Pengampunan DiRaja sebelum seseorang individu yang didapati bersalah di Mahkamah, menjalani hukuman yang dijatuhkan ke atasnya, adalah sesuatu yang salah, tegas Datuk Seri Mohamad Hasan.

Isu tukar tanah MINDEF: Onn Hafiz beri keterangan kepada PAC
Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC.

Banjir Baling: Perdana Menteri arah salur bantuan segera kepada mangsa
Perdana Menteri dalam masa yang sama mendoakan agar mangsa-mangsa banjir tabah menghadapi dugaan tersebut.

Permohonan Ahmad Zahid terbit semula, halang sebar rakaman kenyataan Tun Mahathir ditolak
Mahkamah berpendapat plaintif (Ahmad Zahid) perlu membuktikan bahawa kenyataan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir adalah tidak benar.

Kejayaan filem Mat Kilau bukti dasar kerajaan tepat, bantu penerbit tempatan
Filem arahan Syamsul Yusof itu menerima Dana Kandungan Digital (DKD) dengan jumlah geran Dana Produksi sebanyak RM1.5 juta dan Dana Pemasaran RM300,000.

Bobie Farid dilantik CEO sementara Perak FC
Perak FC mengumumkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) XOX Sdn Bhd Bobie Farid Shamsudin, sebagai CEO sementara kelab berkenaan berkuat kuasa hari ini.

'Jual beli' Perak FC dijangka selesai hari ini
Perak FC telah menerima draf perjanjian akhir berhubung urusan penyerahan berkenaan dan hanya menunggu untuk ditandatangani.

Perak FC bakal terima pemilik baru
Yunus berkata, segala urusan dijangka akan dimuktamadkan selewat-lewatnya Khamis ini.

Pemilik baharu Perak FC dijangka dimuktamad esok
Pemilik Perak FC Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd akan mengadakan perbincangan lanjut dengan sebuah syarikat tujuan khas (SPV) bagi memuktamadkan pengambilalihan pasukan itu esok.

Gaji pemain Perak FC: "Maaf, bukan tak bersimpati tapi..." - Saarani
Kerajaan negeri tidak boleh sewenang-wenangnya campur tangan dan membantu melunaskan bayaran gaji yang tertunggak, sedangkan ramai golongan miskin yang perlu dibantu.

Perak FC hanya tunggu bukti dana
IMC Sdn Bhd juga telah berbincang dengan pihak terbabit dan bersetuju dengan sebahagian besar terma-terma dikemukakan.

Perak FC bertukar pemilik lagi
Baru sahaja beberapa bulan dimiliki sebuah syarikat, Perak FC bakal bertukar pemilik lagi apabila dijual kepada pihak lain dalam masa terdekat.

Liga Premier: PDRM bangkit tumpaskan Perak
PDRM FC bangkit pada babak kedua untuk menumpaskan Perak FC 3-1 dalam aksi tunggal Liga Premier yang berlangsung di Stadium Perak.

Pengambilalihan Perak FC: IMC sudah bincang dengan pihak berminat
Muhammad Yunus berkata, buat masa ini IMC masih belum menerima sebarang maklumat daripada mana-mana pihak.

Perak FC jamin bayar gaji pemain 7 Mac
Perak FC memberi jaminan bahawa isu tunggakan gaji pemain akan diselesaikan selewat-lewatnya 7 Mac ini, kata Ketua Pegawai Eksekutif Perk FC, Muhammad Yunus Zakariah.