awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perancis belasah Namibia 96-0

Sinar Harian
Sinar Harian
22/09/2023
22:15 MYT
Perancis belasah Namibia 96-0
Aksi pemain Perancis Thibaud Flament yang melompat tinggi ketika perlawanan Piala Dunia Ragbi kumpulan A antara Perancis dan Namibia di Stade de Marseille, Marseille, Perancis, 21 Sept 2023. (Foto AP)
DAMIAN Penaud mencatat hatrik try ketika Perancis membelasah Namibia 96-0 dalam aksi Kumpulan A, Piala Dunia Ragbi di Marseille pada Jumaat.
Namun, kemenangan besar itu terpaksa dibayar mahal selepas kapten mereka, Antoine Dupont mengalami kecederaan disyaki patah tulang pipi selepas dikasari pemain Namibia, Johan Deysel.
Dia hampir pasti akan terlepas perlawanan terakhir Kumpulan A, menentang Itali, dua minggu dari sekarang.
Perancis kini mengumpul 13 mata daripada tiga perlawanan kumpulan A mereka, tiga mata di hadapan Itali di tempat kedua yang menentang New Zealand di Lyon pada 29 September dan Perancis pada 6 Oktober.
Dua pasukan teratas daripada setiap kumpulan akan mara ke suku akhir.
“Positifnya ialah kemenangan, mata dijaringkan dan tiada bolos dalam perlawanan yang kami harungi ini," kata jurulatih, Fabien Galthie.
Ditanya mengenai Dupont, Galthie berkata: "Kami akan menunggu imbasan dan sementara itu meraikan kemenangan yang indah ini," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Perancis
#namibia
#Ragbi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan