SOLO: Indonesia mengalu-alukan penyertaan 1,200 atlet dengan percikan bunga api, persembahan wayang kulit dan muzikal apabila menampilkan upacara perasmian menakjubkan sempena Sukan Para ASEAN (APG) ke-11, di sini, malam tadi.
Seramai 10,000 penonton di Stadium Manahan terpukau dengan acara perasmian mega apabila disajikan persembahan tanpa diduga oleh pelawak tersohor, Dodit Mulyanto serta Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo.
Perarakan kontinjen Malaysia, terdiri daripada 23 atlet dan tujuh pegawai, diketuai oleh Chef-de-Mission (CDM), Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin dan atlet lontar peluru (F55), Mohd Zikri Zakaria membawa Jalur Gemilang, menjadi negara keempat masuk ke dalam stadium.
Kontinjen negara memakai jaket berwarna kuning dan seluar trek berjalur hitam melambangkan 'Harimau Malaya'.
Ketua Jawatankuasa Penganjur Penganjur Sukan Para ASEAN Indonesia (INASPOC), Gibran Rakabuming Raka, yang merupakan Datuk Bandar Solo dan anak lelaki sulung Presiden Joko Widodo, melakukan penampilan khas dengan menunggang kuda masuk ke stadium sebelum menyampaikan upacan perasmian.
Naib Presiden Indonesia, Ma'ruf Amin, kemudian merasmikan temasya itu, menandakan saingan selama seminggu itu bermula dengan penyertaan 11 negara.
Sebaik sahaja penembak Paralimpik, Hanik Puji Hastuti menyalakan kawah api temasya sukan itu, penonton di stadium serba guna berkapasiti 20,000 itu disajikan dengan persembahan bunga api menyinari langit sekitar stadium disusuli dengan acara kemuncak oleh persembahan penyanyi popular, Nella Kharisma.
Cabaran Malaysia akan disandang oleh 70 atlet dalam 11 sukan -- badminton, boccia, bola tampar duduk, catur, goalball, ping pong, olahraga, memanah. renang, powerlifting dan tenis berkerusi roda, manakala tiada wakil negara dalam acara judo, bola sepak tujuh sebelah dan bola keranjang kerusi roda.
Antara wakil utama negara di sini ialah empat pemenang emas Sukan Paralimpik, -- Muhammad Ziyad Zolkefli (lontar peluru t F20), Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi (100m T36), Abdul Latif Romly (lompat jauh T20) dan pemain badminton, Cheah Liek Hou.
Malaysia menyasarkan sekurang-kurangnya 16 pingat emas selepas muncul naib juara dengan 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa apabila Malaysia menjadi tuan rumah pada edisi lalu pada 2017 di Kuala Lumpur.
Edisi 2019 di Filipina pada mulanya ditangguhkan atas sebab kewangan sebelum dibatalkan kerana pandemik COVID-19, manakala tuan rumah 2021 Vietnam turut membatalkan temasya itu atas alasan pandemik.
Bagaimanapun, Indonesia tampil sebagai tuan rumah hanya beberapa bulan kebelakangan ini untuk menyelamatkan APG dan ini adalah kali kedua Indonesia tuan rumah selepas edisi 2011 yang turut diadakan di Solo.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 30 2022

Seramai 10,000 penonton di Stadium Manahan terpukau dengan acara perasmian mega Sukan Para ASEAN (APG). - Foto BERNAMA
![[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas [LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51701303061_Netanyahu.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Israel mahu Hamas bukan hanya membebaskan penduduk Israel, tetapi juga anggota tentera yang ditahan.

Surah al-Jumuah bentuk pemikiran positif, sangka baik
Nouman Ali Khan berkata, menerusi kajian yang dilakukan dalam surah al-Jumuah, masyarakat perlu memahaminya dalam tiga peringkat.
Bapa anak lapan dipenjara 14 tahun
Seorang bapa kepada lapan anak dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi Tawau pada Rabu selepas didapati bersalah menyebabkan kematian isterinya di kediaman mereka di Semporna, enam tahun lepas.
Calon BN akan ada tugas penting sekiranya menang - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan calon Barisan Nasional (BN), Jen (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor tidak hanya menjadi ahli parlimen biasa sekiranya menang.

Israel tetap mahu berperang dengan Hamas
Benjamin Netanyahu tegaskan tentera Zionis akan terus memerangi Hamas sehingga ke akhirnya.
Bencana banjir, pengecualian visa pelancong asing jadi tumpuan
Isu bencana banjir yang melanda ketika ini serta pengecualian visa 30 hari antara isu jadi tumpuan di Dewan Rakyat hari ini.
Mangsa di dua negeri menurun
Jumlah mangsa banjir ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di dua negeri menunjukkan penurunan setakat pagi Khamis.
Kertas Putih dasar gaji progresif dibentang hari ini
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini akan membentangkan Kertas Putih cadangan dasar gaji progresif di Dewan Rakyat.

Asyraf Wajdi beri jaminan tiada MP UMNO akan berpaling tadah
Asyraf Wajdi berkata, ia mustahil dilaksanakan kerana ahli Parlimen UMNO terikat dengan perjanjian.

Penghantar barang ditahan buat aksi tak senonoh terhadap kanak-kanak
Pada Isnin jam 6 petang, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dilaporkan telah diganggu lelaki tidak dikenali dalam lif.

APG: Agong, Permaisuri zahir ucapan tahniah kejayaan membanggakan kontinjen negara
Yang di-Pertuan Agong zahir ucapan tahniah kepada kontinjen negara atas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023 di Kemboja.

PM ucap tahniah, harap skuad bola sepak cerebral palsy terus cemerlang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak cerebral palsy (CP) lelaki negara atas kejayaan meraih pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

Sorakan, tepukan gemuruh iringi kepulangan wira APG 2023
Tepukan dan sorakan orang ramai mengiringi kepulangan kontinjen para negara yang mengharumkan nama Malaysia pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG: Mutu atlet negara 'diangkat' di Kemboja
Atlet negara membawa pulang 50 pingat emas, 38 perak dan 34 gangsa, untuk menduduki tangga keempat carta pingat.

Malaysia kekal tangga keempat carta walaupun capai 33 emas di Kemboja
Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan gandingan mantap Chee Chaoming-Brady Chin menerusi acara beregu pingpong lelaki.

APG 2023: PM Anwar ucap tahniah kepada kontinjen Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada kontijen Malaysia yang berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada temasya Sukan Para ASEAN (APG) 2023.

APG 2023: Beregu ping pong lelaki sumbang emas ke-33, tepati sasaran kontinjen Malaysia
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 33 pingat emas pada Sukan Para ASEAN (APG) 2023 hari ini sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Skuad bola keranjang kerusi roda raih gangsa pertama Malaysia di APG 2023
Anak buah Lim Ming Lip garang menewaskan pasukan tuan rumah setelah merekodkan kemenangan 17-8 di Dewan Elephant 2 di Stadium Morodok Techo.

APG 2023: Atlet para sedia jadi pengubat duka Malaysia di Kemboja
Ketiadaan tiga jaguh negara - Latif Romly, Ziyad dan Cheah dijangka tidak melunturkan semangat kontinjen atlet para negara.

APG 2023: Semua atlet sudah jalani proses klasifikasi - CDM
Proses yang dijalankan bulan lalu amat penting kerana akan menentukan kelayakan atlet yang berkemungkinan perlu menukar kelas selain mengelak timbulnya masalah pada temasya itu.