awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perlawanan Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan sebab jerebu

Bernama
Bernama
24/10/2015
11:12 MYT
Perlawanan Piala Sultan Selangor malam ini dibatalkan sebab jerebu
Pemain pasukan Selangor Mohd Rizal Fahmi Rosid (kanan) cuba mengawal bola diikuti rapat pemain pasukan Felda United FC Md Aizul Ridzwan pada Piala Malaysia di Stadium Shah Alam baru-baru ini. - Gambar BERNAMA
Perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor di Stadium Shah Alam di sini malam ini dibatalkan berikutan keadaan jerebu yang semakin teruk, kata Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Tan Sri Abd Karim Munisar.
Beliau berkata pembatalan itu dilakukan setelah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan Shah Alam sehingga pukul 5 petang ini mencatatkan 135 iaitu di tahap tidak sihat.
"Baginda telah menitahkan Piala Sultan Selangor 2015 dibatalkan kerana baginda mengambil kira faktor kesihatan pemain, pengunjung serta seluruh rakyat di negeri ini.
"Tuanku Sultan sentiasa memantau perkembangan keadaan jerebu dan rakyat di negeri ini," katanya ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata pengumuman mengenai bayaran balik tiket perlawanan akan dibuat dalam masa terdekat.
Dalam pada itu, Abd Karim berkata perlawanan Piala Sultan Selangor tidak akan diadakan tahun ini, malah akan diadakan tahun depan di mana lokasi penganjuran akan kekal di Stadium Shah Alam.
Piala Sultan Selangor, yang bermula pada tahun 2001, dijadualkan pada pukul 9 malam ini, membabitkan Pilihan Selangor dan Pilihan Singapura.
Turut diadakan perlawanan antara pasukan Veteran Selangor dan Veteran Singapura di gelanggang sama sejam sebelum itu.
Sebagai rekod, Pilihan Selangor telah menjuarai piala itu sebanyak tujuh kali iaitu pada 2001, 2003, 2005, 2008, 2012, 2013 dan 2104 manakala Pilihan Singapura lima kali pada 2006, 2007, 2009, 2010 dan 2011.
Pada edisi 2004, kedua-dua pasukan diisytiharkan sebagai juara bersama selepas seri 2-1 di Stadium Nasional Singapura.
Topic Berkaitan
#Abd Karim Munisar
#jerebu
#Piala Sultan Selangor 2015
#Selangor
#Singapura
#stadium shah alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan