SUKAN
Permaisuri Thailand lebih baik dari 'pelari kalcer'?
Permaisuri Suthida dan Eliud Kipchoge ketika mengambil bahagian dalam ATMBKK 2025 di Bangkok, 30 November lalu. - Foto Astro ARENA
AMAZING Thailand Marathon Bangkok (ATMBKK) 2025 yang berlangsung pada 30 November lalu telah menarik penyertaan lebih 36,000 pelari dari seluruh dunia dan menyaksikan lebih 80,000 pengunjung membanjiri ibu kota negara gajah putih itu.
Sambutan ini cukup memberansangkan pada ketika penganjur berhadapan cabaran tersendiri dalam menjaga sensitiviti institusi diraja dan rakyat Thailand berikutan kemangkatan Ratu Sirkit pada 27 November lalu.
Antara usaha penganjur dalam menjadikan kejohanan ini tetap berlangsung meriah adalah menjemput pihak istana dengan Permaisuri Thailand, Suthida Bajrasudhabimalakshana sebagai wakil untuk upacara perasmian dan turut sama berlari dalam acara 21.1 KM (half marathon).
Bukan kelibat Permaisuri Suthida yang berlari bersama jaguh maraton dunia Eliud Kipchoge sahaja yang mencuri perhatian dunia, malah ramai pihak mula membuka mata tentang latar belakang institusi diraja Thailand, termasuk profesyen Permaisuri Suthida sebagai anggota tentera sebelum ini.
Ramai teruja apabila Permaisuri Suthida menamatkan larian half marathon dengan catatan masa 2 jam 13 minit, sekali gus membuktikan kecergasannya masih baik walaupun kini sudah terikat dengan tugasan istana.
Tidak kurang juga yang meninggalkan tulisan nakal di laman sosial dengan mengatakan masa yang direkodkan Permaisuri Suthida lebih baik dari ‘pelari kalcer’ - istilah yang digunakan keatas pelari yang gemar berkongsi gaya dan aktiviti larian mereka di alam maya.
Selain itu, pemilihan warna hitam untuk pakaian ATMBKK 2025 buat kesemua peserta juga seolah-olah mengingatkan pelancong asing tentang saranan kerajaan Thailand untuk memakai pakaian berwarna gelap atau suram ketika mengunjungi negara itu sepanjang tempoh berkabung selama setahun.