KUALA NERUS: Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menafikan spekulasi akan berpindah ke skuad Gergasi Merah Kuning musim depan.
Pengendali kelahiran Kelantan itu menegaskan, bahawa tumpuan beliau pada masa ini hanya kepada persiapan menghadapi baki enam perlawanan Liga Super dan aksi akhir Piala FA menentang Johor Darul Ta'zim pada 10 Sept ini.
"Tawaran daripada Selangor itu hanya khabar angin. Itu normal, biasa terjadi dalam dunia bola sepak.
"Tetapi saya anggap khabar angin ini sebagai satu penghargaan juga kerana sekurang-kurangnya penyokong masih ingat dan hargai kewujudan saya, walaupun benda ini tak wujud pun sebenarnya," katanya kepada pemberita.
Sehubungan itu, Nafuzi meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi berkenaan kerana masih terlalu awal untuk beliau memikirkan tentang hala tujunya musim depan.
Bagaimanapun, katanya, sebagai jurulatih profesional beliau sentiasa terbuka untuk menerima dan berbincang dengan mana-mana pasukan yang berminat mendapatkan khidmatnya.
"Saya juga belum tanda tangan kontrak baharu dengan TFC. Belum ada perbincangan ke arah itu setakat ini," katanya yang sedang giat membuat persiapan untuk menentang Melaka United pada 3 Sept ini.
Dalam pada itu, Nafuzi turut menafikan bahawa beliau mempengaruhi keputusan pemain berbakat besar Faisal Halim untuk meneruskan kontrak bersama TFC.
Sebelum ini media melaporkan, Faisal berkata, beliau mahukan keputusan yang wajar bagi menentukan masa depannya dan kedudukan Nafuzi sebagai jurulatih amat penting.
"Itu pandangan peribadi dia (Faisal Halim). Mungkin dia selesa dengan cara kerja saya. Faisal dari tahun lepas memang tunjuk peningkatan yang banyak dan beliau sendiri merupakan contoh kepada pemain muda TFC," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sat Aug 27 2022
Ketua Jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menafikan spekulasi akan berpindah ke skuad Gergasi Merah Kuning musim depan. - Gambar fail BERNAMA
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Letak jawatan jurulatih Kedah, Nafuzi Zain semakin hampir ke skuad B-23 negara?
Nafuzi Zain secara rasminya mengumumkan peletakan jawatan selaku pengendali utama Sang Kenari yang berkuat kuasa serta merta.
Nafuzi Zain ganti Juan Torres Garrido kemudi skuad B-23 negara?
Khabar angin bertiup kencang menyatakan Nafuzi menjadi calon pengendali Harimau Muda menggantikan posisi Juan Torres Garrido.
Liga Super: KDA FC akur kekalahan kepada Perak di halaman sendiri
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC Nafuzi Zain akur dengan kekalahan pasukannya di halaman sendiri kepada Perak FC dalam saingan Liga Super.
Kedah sambar khidmat 'Messi Ganu'
Skuad kendalian Nafuzi Zain mengumumkan kehadiran pemain lincah yang terkenal dengan julukan Messi Ganu secara pinjaman dari Terengganu FC.
Perhitungan Terengganu-Kedah, bukan Steinbruckner-Nafuzi
Katanya, Sang Kenari dibimbing Nafuzi memiliki barisan pemain yang mantap dan berkualiti seperti Lee Tuck dan Manuel Hidalgo.
Nafuzi yakin dapat bentuk pasukan mantap
Nafuzi Zain yakin dapat membentuk pasukan yang mantap dan dapat memberi saingan kepada pasukan lain dalam liga di negara ini.
ABK22: Kim Swee, Hodak, Nafuzi bersaing rebut jurulatih terbaik
Kim Swee menyifatkannya satu penghargaan, apatah lagi ia tahun pertama beliau diberi kepercayaan membimbing kelab di pentas Liga M.
Nafuzi Zain sah Ketua Jurulatih KDA FC musim 2023
Nafuzi hadir mengantikan Aidil Sharin Sahak bagi membentuk kembali KDA FC yang dilihat prestasi berada pada tahap tidak memberangsangkan.
Nafuzi puas hati pencapaian Skuad Penyu
Nafuzi Zain tetap berbangga dengan pencapaian skuadnya musim ini walaupun misi untuk menjulang Piala Malaysia terkandas.
Nafuzi sah tidak bersama TFC musim depan
Ketua jurulatih kelahiran Kelantan itu, telah menolak tawaran lanjutan kontrak yang diberikan kepada beliau atas alasan tertentu.