awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
VM2026: Malaysia intai laluan terus Riyadh, perluas pasaran pelancong Asia Barat
Anggota bomba cedera dihempap gerai burger
Kebakaran tanah gambut: Unit udara JBPM dijangka mulakan kaedah pengeboman air hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persahabatan: Malaysia tewas 4-1 di tangan Arab Saudi

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2013
22:38 MYT
Persahabatan: Malaysia tewas 4-1 di tangan Arab Saudi
Dunia sukan negara terus muram dengan kekalahan 4-1 skuad Harimau Malaya kepada Arab Saudi.
Dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Shah Alam itu, skuad bimbingan Datuk K. Rajagobal dilihat mudah diratah walaupun berusaha keras untuk menyaingi pihak lawan.
Gawang skuad kebangsaan mula dibolosi seawal minit ke-7 hasil tandukan Yousef Al-Salem .
Belum sempat untuk bangkit, Khairul Fahmi Che Mat sekali lagi tewas dengan jaringan Yahya Al-Shehri pada minit ke-29.
Masuk babak kedua, Harimau Malaya kembali dengan aksi lebih kemas dan bertenaga.
Hasilnya pemain tengah Safiq Rahim mencipta gol pada minit ke-70, sekaligus menyuntik semangat melawan barisan pemain kebangsaan.
Bagaimanapun momentum kebangkitan itu terbantut selepas Arab Saudi memperoleh gol ketiga pada minit ke-88 menerusi Naif Hazazi.
Saki baki semangat juang pemain negara terus longlai selepas Hamdan Al-Hamdan menyumbat gol keempat pada minit ke-93.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#bola sepak
#Malaysia
#persahabatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan