awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Persekutuan Tenis Antarabangsa nafi tuduhan atur perlawanan

Agensi
Agensi
18/01/2016
12:06 MYT
Persekutuan Tenis Antarabangsa nafi tuduhan atur perlawanan
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mendakwa beliau pernah sekali diajak untuk mengatur perlawanan. - Foto AFP
Persekutuan Tenis Antarabangsa menafikan sekeras-kerasnya dakwaan menutup tuduhan rancangan mengatur perlawanan selepas laporan rasuah tersebar membayangi pembukaan Kejohanan Terbuka Australia.
BBC dan BuzzFeed melaporkan bahawa kumpulan teras 16 pemain yang mencapai kedudukan 50 teratas sejak sedekad lalu, termasuk gelaran pemenang Grand Slam, telah berkali-kali menimbulkan tanda tanya tetapi tidak pernah menghadapi tindakan.
Dakwaan kebocoran fail sulit itu tercetus pada tahun pertama kejohanan Grand Slam di Melbourne dan mendorong tindakan pantas dari pegawai rasmi tenis.
Spekulasi identiti pemain yang terlibat mula berlegar dan lapan daripadanya dilaporkan dari Melbourne.
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic mendakwa beliau pernah sekali diajak untuk mengatur perlawanan.
Badan anti rasuah sukan itu, Unit Integriti Tenis serta Perbadanan Tenis Australia menolak tuduhan cuba menutup apa-apa bukti.
"Unit Integriti Tenis dan badan berkuasa tenis menolak sama sekali tuduhan menutup apa-apa bukti mengatur perlawanan atau kes tidak disiasat dengan teliti.
“Manakala laporan BBC dan BuzzFeed pula merujuk kepada peristiwa-peristiwa 10 tahun lalu, bagaimanapun kita akan sentiasa menyiasat apa-apa maklumat baru," kata Pengerusinya Chris Kermode kepada AFP.
Ketua Eksekutif Tenis Australia yang juga selaku Pengarah Kejohanan Terbuka Australia, Craig Tiley menyelar laporan itu dan berkata Grand Slam musim pertama itu terkenal dengan integritinya.
"Seiring dengan tenis antarabangsa, kami telah membangunkan polisi-polisi berkaitan anti doping, tindakan disiplin, anti rasuah dan dasar-dasar keselamatan,” kata Tiley dalam satu kenyataan rasmi.
Topic Berkaitan
#Grand Slam
#tenis
#Tenis Antarabangsa
#tuduhan rasuah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan