KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.
Setiausaha Agungnya Datuk Noor Azman Rahman berkata demikian ketika mengulas gesaan dibangkitkan bekas Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad agar peruntukan khas itu diagihkan sedikit kepada Kuala Lumpur City (KL City) FC yang menghadapi masalah kewangan.
Kelmarin, Khalid menyuarakan kekecewaannya apabila FAM tidak membahagikan sebahagian daripada peruntukan itu kepada KLFA walaupun KL City FC 'membekalkan' enam pemain untuk skuad Harimau Malaya yang beraksi pada Piala Asia di Doha, Qatar, Januari lalu.
Pada 26 Jan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan RM5 juta kepada FAM bagi menguruskan skuad kebangsaan selepas kagum dengan semangat juang skuad kendalian Pan Kim Gon ketika itu mengikat Korea Selatan 3-3 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan E Piala Asia 2023.
Sebaliknya, Noor Azman dalam kenyataan hari ini berkata FAM juga tidak pernah berpeluk tubuh dengan masalah tunggakan gaji pemain beberapa pasukan Liga Super.
"Sudah tentu tunggakan gaji pemain ini memberikan impak kepada kelab dan hanya kelab berkenaan yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.
"Jadi sebaik-baiknya beri ruang kepada kelab itu untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 19 2024
Noor Azman dalam kenyataan hari ini berkata FAM juga tidak pernah berpeluk tubuh dengan masalah tunggakan gaji pemain beberapa pasukan Liga Super. - Gambar fail/BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Peruntukan khas kerajaan RM5 juta khusus untuk skuad kebangsaan - FAM
FAM menjelaskan peruntukan khas RM5 juta oleh kerajaan kepada badan induk bola sepak negara itu pada Januari lalu adalah khusus untuk mengurus dan meningkatkan keupayaan skuad kebangsaan.