MELAKA: Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) dan Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (Persilat) akan melakukan 'post-mortem' khususnya dari aspek peraturan sepanjang penganjuran Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 yang berlangsung selama enam hari bermula 26 Julai lepas.
Presiden Pesaka Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata ia bagi memastikan penambahbaikan dapat dilakukan sekali gus mengemas kini peraturan sedia ada agar penganjuran bagi kejuaraan edisi ke-20 yang bakal berlangsung di Indonesia pada tahun depan berjalan lancar.
"Walaupun kita ada satu atau dua insiden kecil berlaku dan sedikit kontroversi tetapi pada saya jangan kita pandang apa yang berlaku menjejaskan keseluruhan perjalanan pertandingan.
"Secara keseluruhan, saya amat berpuas hati dengan penganjuran kejuaraan kali ini...kita berjaya membawa imej silat ke satu tahap yang cukup tinggi serta profesional dan memang akan menyukarkan untuk negara lain menjadi tuan rumah selepas ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penutup Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 Tahun 2022 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh di sini lewat malam tadi.
Mengulas mengenai bantahan rasmi yang dilakukan beliau untuk memohon perlawanan semula antara pesilat negara Mohammad Khairi Adib Azhar dan atlet Singapura Aniq 'Asri Mohammad Yazid, Megat Zulkarnain berkata bantahan kepada Delegasi Teknikal Antarabangsa kejuaraan itu tidak akan diteruskan.
Beliau berkata keputusan yang dilakukan itu adalah wajar dan perlu diterima secara terbuka agar perjalanan majlis akhir kejuaraan antarabangsa itu tidak terganggu.
Sementara itu, Megat Zulkarnain berkata Sukan Malaysia (Sukma) 2022 yang berlangsung September ini di Kuala Lumpur akan menjadi platform bagi Pesaka mencari pelapis baharu untuk mewakili negara pada Sukan SEA di Kemboja dan Kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-20 di Indonesia tahun depan.
"Sukma memang kilang untuk kita mencari pelapis baharu dan janji saya ialah kita akan datang dengan satu pasukan yang baharu dan ada sebahagian yang masih muda kalau mereka layak, mereka juga akan masuk dalam skuad silat negara," katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana memperuntukkan dana RM1 juta untuk Pesaka bagi menghargai sumbangan yang diberikan oleh anak-anak silat dan membantu persekutuan itu mengembangkan seni silat di persada dunia.
"Saya terkejut kerana tidak memohon secara rasmi kepada Perdana Menteri tetapi saya fikir biarlah pemimpin sendiri menilai sejauh mana peranan yang boleh dimainkan Pesaka dalam membangunkan silat sebagai aktiviti budaya dan sukan," katanya.
Beliau berkata dana berkenaan akan diagihkan kepada 20 badan gabungan Pesaka di seluruh negara dan peruntukan itu juga akan digunakan untuk pengurusan pentadbiran.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 01 2022
Megat Zulkarnain (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Ismail Sabri pada Majlis Penutup Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Ayer Keroh semalam. --fotoBERNAMA
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Nor Azizah diumum Ketua Wanita UMNO Tanjong Karang
Nor Azizah Ahmad diumum sebagai Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang yang baharu setelah memenangi proses pemilihan semula bagi jawatan itu hari ini selepas ia digantung sejak 26 Mei tahun lepas.
DAP tak perlu turun kempen PRK Nenggiri hanya pandangan peribadi Ku Li
Gesaan Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah agar DAP tidak turun berkempen di PRK Nenggiri dianggap sebagai pandangan peribadi.
Rumah Warisan Mahaguru Gayung akan dibina semula - Megat Zulkarnain
Pembinaan semula rumah lahirnya ribuan jaguh silat dan jurulatih seni mempertahankan diri negara itu dijangka bermula seawal tahun depan.
Usaha lobi silat ke Sukan Asia 2026 dipergiat - Megat Zulkarnain
Usaha melobi untuk acara silat kembali tersenarai dalam program Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 sedang dipergiat.
PRN: Tewas 58 undi, Megat Zulkarnain timbang kemuka petisyen pilihan raya
Megat Zulkarnain Omardin mempertimbangkan untuk mengemukakan petisyen bantahan terhadap keputusan PRN berikutan kekalahan tipis 58 undi ketika bertanding kerusi DUN Gombak Setia.
Pengundi Selangor tidak boleh anggap PRN sebagai eksperimen - Megat Zulkarnain
Megat Zulkarnain menasihati pengundi di Selangor supaya membuat pilihan bijak memilih calon daripada parti yang sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.
PRN: Prestasi Kerajaan Perpaduan bukti untuk pengundi memilih
Amirudin berkata usaha kerajaan menyelesaikan pelbagai isu dihadapi rakyat secara berperingkat menjadi bukti buat pengundi di Selangor.
PRN: Tiga penjuru di Gombak Setia, Hilman kembali berdepan Megat Zulkarnain
Muhammad Hilman Idham dari PN yang pertahan kerusi itu ditentang calon BN, Megat Zulkarnain dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.
PRN Selangor: BN tidak tanding DUN Hulu Bernam
Perkara berkenaan dilakukan atas dasar mewujudkan keserasian dan kesatuan di antara parti yang membarisi Kerajaan Perpaduan.
Sukan SEA: Pesaka sasar dua emas daripada pesilat negara di Kemboja
Kem silat negara dijangka menyertai 17 daripada keseluruhan 22 acara yang dipertanding di Pusat Konvensyen Chroy Changvar.