Bola sepak adalah industri yang belum matang sepenuhnya di Malaysia tetapi masa depannya amat cerah.
Pemain-pemain profesional dalam pasukan bola sepak tempatan boleh mencari rezeki dalam pelbagai cabang bidang sukan tersebut, dengan pendidikan dan bimbingan yang betul.
Bagi meningkatkan lagi peluang dan ilmu kepada pemain-pemain bola sepak profesional di negara ini, Persatuan Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) dan Cyberlynx International College (CIC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk pemain profesional melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
CIC menawarkan pengajian dalam Diploma Pengajian Bola Sepak kepada ahli-ahli PFAM.
Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CIC, Datuk Dr. PB. Ashok, Cyberlynx komited untuk menawarkan biasasiwa kepada PFAM dan akan memaklumkan jumlah biasiswa tersebut kepada pengurusan PFAM.
“Yuran pengajian juga lebih murah berbanding pelajar lain. Ia adalah yuran istimewa kepada bekas pemain dan pemain bola sepak yang masih aktif. Ini adalah komitmen dan tanggungjawab sosial Cyberlynx untuk menyumbang kepada pemain bola sepak yang telah menyumbang kepada negara ini,” kata Dr. PB. Ashok dalam satu sidang media selepas menandatangani MoU bersama PFAM petang tadi di Petaling Jaya.
Pendidikan ini akan memberi nilai tambah dari segi akademik kepada bekas pemain profesional atau pemain masih aktif yang sudahpun memiliki lesen kejurulatihan C atau D di Malaysia.
Ia akan meningkatkan kemahiran pemain profesional dalam semua bidang bola sepak seperti kejurulatihan, pengadilan dan pengurusan kelab.
Dr. PB. Ashok turut menjelaskan sehingga kini semua bekas pelajar diploma tersebut sudah bekerja dalam bidang masing-masing yang ada kaitan dengan bola sepak, termasuk di negara lain seperti Kemboja dan juga bersama pasukan bola sepak England, Queens Park Rangers.
Antara bekas pemain yang mengambil diploma tersebut adalah ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PFAM, Izham Ismail, MoU ini diwujudkan sebagai simbolik komitmen dan kerjasama PFAM dan CIC dalam pelbagai aspek, terutamanya aspek yang berkaitan dengan pendidikan dan pembangunan kerjaya pemain.
“Perjanjian ini akan menjadi satu platform bagi ahli PFAM yang ingin menyambung pengajian dalam diploma tersebut dan pada masa sama, dapat membantu pembangunan kerjaya pemain, sekaligus mentransformasi bola sepak Malaysia,” kata Izham.
MoU tersebut ditandatangani di CIC, Petaling Jaya dan turut disaksikan oleh Presiden PFAM, Rezal Zambery Yahya dan Naib Presiden Eksekutif CIC, Evelyn Poon.
Ian Johan Ariff
Wed Jan 17 2018

Majlis tandatangan MoU CIC dan PFAM diwujudkan sebagai simbolik komitmen dan kerjasama PFAM dan CIC dalam pelbagai aspek terutama berkaitan pendidikan dan pembangunan kerjaya pemain bola sepak.

Pas tangguh muktamar selepas PRU15
Penangguhan muktamar termasuk pemilihan diputuskan dalam mesyuarat pimpinan Pas bagi menumpukan soal pilihan raya.

CPR rawatan yang perlu bagi mangsa lemas, pesakit yang tidak bernafas
Laporan sedemikian boleh disalah tafsir dan menyebabkan masyarakat memberi persepsi negatif terhadap respons CPR.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1894070/8343692241615077674561_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [7 Mac 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Afiezy Azaman dan juga Hafizi Rosli dalam #AWANIpagi 7 Mac 2021 Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. Perkembangan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi 2. Perkembangan Program Vaksinasi COVID-19 #AWANIpagi #AWANInews #HapusCOVID19

AWANI Ringkas: Senat lulus pakej bantuan AS$1.9 trilion

COVID-19 | Kes positif seluruh dunia lebih 116.36 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 116.36 juta kes. Ia berikutan lebih ratusan ribu kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

Politik | Pemuda MCA lulus lapan resolusi pada AGM ke-56
Sebanyak lapan resolusi yang dikemukakan pada Perhimpunan Agung Pemuda MCA ke-56 hari ini diluluskan sebulat suara.

Janji Bantuan | Presiden Joe Biden ucap terima kasih
Presiden Joe Biden dalam reaksi pertamanya selepas pakej bantuan itu diluluskan ucap terima kasih kepada anggota Senat. Ini sekaligus membolehkan janji utamanya dikotakan dalam tempoh 45 hari pertama pentadbirannya.

Kerajaan diminta benarkan jemaah lakukan umrah bermula April
Permintaan tersebut dilakukan dengan mengambil kira bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 yang tamat pada bulan ini.

Politik Pakistan | Imran Khan terselamat daripada Undi Tidak Percaya
Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan terselamat daripada Undi Tidak Percaya di Parlimen. Imran peroleh sokongan 178 daripada 340 ahli parlimen.

Pintu Kaabah dibuka untuk Perdana Menteri
Pintu Kaabah dibuka untuk Muhyiddin bersama Isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta beberapa tetamu lain.

PFAM & CIC komited bangun kerjaya pemain bola sepak menerusi pendidikan
PFAM & CIC tandangani MoU untuk pemain profesional tempatan melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.