awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF 2022: FAM pertimbang beberapa venue selain SNBJ

Bernama
Bernama
22/10/2022
21:45 MYT
Piala AFF 2022: FAM pertimbang beberapa venue selain SNBJ
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat badan induk itu Selasa depan. - Foto FAM
SUBANG JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang mempertimbangkan beberapa venue alternatif selain Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), untuk digunakan pada saingan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022.
Setiausaha Agung FAM Noor Azman Rahman berkata perkara tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat badan induk itu Selasa depan.
"Mungkin SNBJ kita akan gunakan...tapi apa pun kita akan muktamadkan dengan pihak pengurusan," katanya kepada pemberita pada program klinik bola sepak Piala AFF 2022, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab persoalan berhubung penggunaan SNBJ yang dikatakan turut menganjurkan beberapa acara lain sepanjang tempoh Piala AFF berlangsung dari 20 Dis ini sehingga 16 Jan tahun hadapan.
Mengikut jadual awal, Malaysia dijangka menjadi tuan rumah bagi aksi menentang Laos serta Singapura yang dijadual berlangsung pada 24 Dis dan 3 Jan tahun hadapan.
Difahamkan, selain SNBJ, Stadium Kuala Lumpur di Cheras turut tersenarai untuk venue di kawasan Lembah Klang manakala tiga lagi stadium melibatkan Stadium Hang Jebat di Melaka, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Terengganu, Terengganu dan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor.
Sementara itu, Noor Azman berkata menjelang saingan Piala AFF, FAM turut merancang untuk mengadakan beberapa siri aksi perlawanan persahabatan Tier 1 buat skuad Harimau Malaya dan pasukan yang bakal bertemu skuad kebangsaan itu akan diputuskan kemudian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SNBJ
#FAM
#Piala AFF 2022
#Noor Azman Rahman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan