KUALA LUMPUR: AirAsia menawarkan tambang tetap istimewa antara Kuala Lumpur dan Bangkok bagi menyokong kempen perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand, dari 6 hingga 11 Jan.
AirAsia dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan tambang termasuk semua bagi penerbangan pergi balik dari Bangkok ke Kuala Lumpur ialah THB5,000 (RM647.54) manakala tambang penerbangan termasuk semua, perjalanan pergi balik dari Kuala Lumpur ke Bangkok ialah RM500.
"Tambang pergi balik semua termasuk cukai lapangan terbang, yuran Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM), surcaj bahan api dan bayaran lain yang berkenaan," menurut kenyataan itu.
Harga tambang tetap istimewa ini adalah untuk tempoh perjalanan dari 7 hingga 8 Jan dari Bangkok ke Kuala Lumpur dan 10 hingga 11 Jan dari Kuala Lumpur ke Bangkok.
Skuad Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, esok.
Selepas perlawanan di Bukit Jalil, skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Bangkok untuk aksi timbal balik separuh akhir menentang skuad Gajah Perang itu di Stadium Thammasat, pada Selasa (10 Jan).
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 06 2023

Skuad Harimau Malaya akan menentang Thailand dalam aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di ibu negara, esok.- Fail/BERNAMA

Gempa bumi Turkiye-Syria: UNESCO bimbang kerosakan pada tapak warisan
UNESCO mengambil berat menegnai keadaan di bandar Purba Aleppo, Syria yang tersenarai sebagai "Warisan Dunia dalam Bahaya."

Penyelidik New Zealand hasilkan kajian terbaru mengenai bahaya banjir glasier
Tasik ini bahaya bagi mereka yang tinggal di hilir kerana banjir boleh berlaku secara tiba-tiba akibat kegagalan empangan semula jadi.

Tanah Runtuh | 40 maut, puluhan cedera di Peru
Sekurang-kurangnya 40 orang terbunuh dalam banjir dan tanah runtuh susulan hujan lebat di Peru.

Tragedi MH17 | Putin didakwa luluskan bekalan peluru berpandu tembak jatuh pesawat
Pasukan penyiasat antarabangsa mendakwa mereka mempunyai bukti meyakinkan bahawa Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani keputusan membenarkan sistem peluru berpandu Rusia masuk ke Ukraine.

Lawatan Rasmi PM | Respons positif petanda hubungan baik Malaysia, negara jiran
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir meluahkan kegembiraan selepas melihat lawatan Perdana Menteri ke negara-negara jiran sebelum ini berjalan lancar dan menerima sambutan baik.

Lawatan Rasmi PM | Teroka Ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand
Hal-hal ekonomi dan hubungan Malaysia-Thailand turut menjadi fokus lawatan dua hari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Thailand.

Lawatan Rasmi PM | Empat MoU bakal dimeterai dalam lawatan PM ke Thailand
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menyaksikan empat memorandum persefahaman (MoU) dimeterai sempena lawatannya ke Thailand pada 9 dan 10 Februari ini.

Parlimen Gua Musang | Mahkamah benar batal petisyen terhadap SPR, Pegawai Pengurus
Mahkamah Tinggi Kota Bharu membatalkan petisyen terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan seorang pegawai suruhanjaya itu yang difailkan oleh wakil calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi mencabar keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Parlimen itu.

Gempa Turkiye | Tindak balas operasi menyelamat dipercepatkan
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan mengakui terdapat sedikit masalah dalam tindak balas pasukan penyelamat pasca gempa bumi yang menggegarkan selatan negara itu.

Misi Kemanusiaan | Malaysia-Turkiye bekerjasama atur gerak langkah operasi
Malaysia dan Turkiye akan bekerjasama dalam mengatur operasi misi kemanusiaan ke tenggara Turki yang terjejas akibat gempa. Ia bagi memastikan saluran bantuan dapat diperhalusi mengikut keperluan.

Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.

'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.

FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.

Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.

Kami tidak dapat bertanding tanpa pemain - Pan Gon
Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Thailand dalam separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini malam tadi, sekali gus kalah 1-3 berdasarkan agregat.

Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Sharul Nazeem
Segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual pada Januari 2024.

Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.

Piala AFF: Saya bertanggungjawab sepenuhnya, bukan salah pemain - Pan Gon
Katanya, jika ada masalah yang membawa kepada kekalahan pasukan negara, ia perlu ditujukan kepadanya.

Piala AFF: Misi Harimau Malaya berakhir
Jurulatih Kim Pan-gon menggunakan strategi bertahan dengan menurunkan lebih ramai pemain pertahanan untuk memastikan kelebihan satu jaringan sebelum ini dapat dikekalkan.