PUTRAJAYA: Perlawanan Piala AFF Mitsubishi Electric termasuk membabitkan skuad Harimau Malaya akan disiarkan di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) bermula malam ini.

Menteri Komunikasi dan Digital,  Fahmi Fadzil, maklumkan siaran ini akan bermula 27 Disember 2022 sehingga perlawanan akhir yang dijadualkan pada 16 Januari 2023.

Piala AFF 2022 | Pan Gon tidak gentar hadapi Vietnam

Katanya, keputusan tersebut dibuat susulan permohonan peminat bola sepak tanah air yang mahu perlawanan tersebut disiarkan di saluran RTM.

"Para peminat bola sepak boleh menyaksikan sebanyak 10 perlawanan kejohanan yang akan disiarkan di saluran TV2 dan Sukan RTM serta penstriman langsung melalui aplikasi RTMKlik," katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

BACA PERKEMBANGAN TERKINI SUKAN DI SINI.

"Siaran oleh RTM ini merupakan siaran tidak berbayar (FTA) dan tertakluk kepada syarat kontrak hak siaran eksklusif, iaitu stesen penyiar FTA hanya dibenarkan menyiarkan perlawanan 15 minit lewat daripada waktu sebenar perlawanan," tambahnya lagi.