awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
BISNES
Harga runcit RON95 kekal, RON97 naik tujuh sen
DUNIA
Tehran hilang kepercayaan terhadap Washington, yakin negara Arab tolak serangan AS dari wilayah mereka
MALAYSIA
Amang seksual: Pelajar tahfiz dikenakan bon berkelakuan baik dua tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SUKAN

Piala AFF B-23: Jurulatih Vietnam anggap Thailand, Indonesia lebih hebat

Astro Arena
Astro Arena
17/06/2025
05:01 MYT
Piala AFF B-23: Jurulatih Vietnam anggap Thailand, Indonesia lebih hebat
Menurut Kim, Thailand dan Indonesia dianggap ancaman utama, dengan masing-masing memiliki kekuatan dari segi teknik serta fizikal. - Stadium Astro
USAI tewas kepada Harimau Malaya dalam Kelayakan Piala Asia bulan lalu, kini Kim Sang-sik beralih tumpuan kepada skuad bawah 23 tahun (B-23) Vietnam untuk memburu kejuaraan hatrik Kejohanan Piala AFF B-23 di Jakarta, Indonesia, bulan depan.

Ringkasan AI
  • Kim Sang-sik kini fokus kepada skuad B-23 Vietnam selepas kekalahan kepada Harimau Malaya, dengan misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF B-23 buat kali ketiga berturut-turut di Jakarta.
  • Thailand dan Indonesia dianggap ancaman utama, dengan masing-masing memiliki kekuatan dari segi teknik serta fizikal, dan berpotensi menjadi lawan sengit di peringkat kalah mati.
  • Vietnam dijangka mudah melepasi peringkat kumpulan, namun tiada sebarang sebutan signifikan tentang Harimau Muda sebagai pencabar serius meskipun pernah menewaskan pasukan senior Vietnam sebelum ini.

Pengendali kelahiran Korea Selatan itu berhasrat menjulang kejayaan, sekali gus mengulangi pencapaian ketika membawa pasukan utama Vietnam memenangi Piala ASEAN Mitsubishi Electric (AMEC) 2024.
Namun, apa yang menghalang dirinya ialah Indonesia dan Thailand yang bakal hadir dengan ramuan misteri selaku pasukan gergasi Asia Tenggara.
Skuad manakah yang akan menonjolkan kehebatan pemain muda?
Vietnam dijangka melepasi peringkat kumpulan tanpa sebarang masalah dengan Laos dan Kemboja akan dijadikan mangsa terawal.
BREAKING Here is official draw results for ASEAN U23 Asian Cup 2025 !#AFF #AFFU23 pic.twitter.com/g8PdJBRDUY
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) May 30, 2025
Ujian sebenar bermula tatkala memasuki peringkat kalah mati dengan menanti Thailand atau Indonesia daripada Kumpulan A dan C.
“Berdasarkan apa yang saya tahu dan perhatikan, Thailand dan Indonesia sentiasa menjadi pencabar kuat. “Thailand menonjol dengan teknik serta organisasi permainan mereka yang kukuh, manakala Indonesia pula mengagumkan dengan kekuatan fizikal dan kepantasan.”
“Perlawanan menentang kedua-dua pasukan ini sentiasa sengit dan kompetitif, jadi kami perlu membuat persediaan rapi,” katanya di media tempatan.
Untuk rekod, kedua-dua lawan itu merupakan pasukan yang bertemu dengan Vietnam dalam final dua edisi sebelumnya.
Dengan kenyataan itu, adakah maksudnya Vietnam tidak mengendahkan Harimau Muda? -- Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala AFF B-23
#jurulatih Vietnam
#Kim Sang-sik
#harimau muda
#Indonesia
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami