awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Mayat lelaki ditemukan terapung dalam sungai di Pasir Puteh
MALAYSIA
Jenayah Seksual Kanak-Kanak: Asas perundangan sudah jelas - Penganalisis
MALAYSIA
Semua rakyat Malaysia yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di Tehran selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Tehran hilang kepercayaan terhadap Washington, yakin negara Arab tolak serangan AS dari wilayah mereka

Astro Awani
Astro Awani
18/06/2025
09:10 MYT
Tehran hilang kepercayaan terhadap Washington, yakin negara Arab tolak serangan AS dari wilayah mereka
Baghaei berkata bahawa diplomasi tidak pernah berakhir, namun menegaskan bahawa Tehran kini tidak lagi mempercayai Washington. -Gambar fail/mfa.gov.ir
TEHRAN: Iran menyatakan keyakinan bahawa negara-negara Arab yang menjadi tuan rumah kepada pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) tidak akan membenarkan wilayah mereka digunakan untuk melancarkan serangan ke atas Iran.

Ringkasan AI
  • Iran menyatakan keyakinan bahawa negara-negara Arab yang menjadi tuan rumah pangkalan tentera AS tidak akan membenarkan wilayah mereka digunakan untuk menyerang Iran.
  • Jurucakap Kementerian Luar Iran menegaskan bahawa tindak balas Iran terhadap serangan Israel adalah berhati-hati dan hanya menyasarkan kemudahan ketenteraan di wilayah yang diduduki.
  • Iran menyatakan kekecewaan terhadap AS, menyebut bahawa serangan berlaku ketika rundingan diplomatik sedang dirancang, dan menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya Majlis Keselamatan PBB, untuk menghentikan pencerobohan dan mempertahankan undang-undang antarabangsa.

Menurut jurucakap Kementerian Luar negara itu, Esmaeil Baghaei dalam temu bual bersama media antarabangsa pada Selasa, Iran sedang mempertahankan diri daripada serangan Israel yang disifatkannya sebagai rejim genosid.
Esmaeil menegaskan bahawa tindak balas Iran setakat ini bersifat berhati-hati dan hanya menyasarkan kemudahan ketenteraan di wilayah yang diduduki.
“Kami sangat berhati-hati, bertanggungjawab dan membuat perkiraan teliti dalam tindak balas kami.
"Kami hanya menyasarkan pangkalan tentera dan keselamatan di wilayah yang diduduki,” kata Esmaeil.
Beliau menambah bahawa Iran mempunyai hubungan baik dengan negara-negara Arab dan percaya negara bersempadanan tidak akan membenarkan wilayah mereka disalahgunakan oleh pihak ketiga untuk menyerang jiran Muslim mereka.
“Kami yakin negara-negara Arab yang menjadi tuan rumah kepada pangkalan AS tidak akan membenarkan wilayah mereka digunakan untuk menyerang jiran Muslim mereka.”
Beliau berkata demikian sambil merujuk kepada prinsip undang-undang antarabangsa yang melarang penggunaan wilayah sesebuah negara untuk menyerang negara lain.
Ketika ditanya sama ada Iran bersedia untuk berdialog dengan AS, Baghaei berkata bahawa diplomasi tidak pernah berakhir, namun menegaskan bahawa Tehran kini tidak lagi mempercayai Washington.
“Perang ini dilancarkan ketika proses diplomatik sedang berlangsung.
"Kami sepatutnya berada di Muscat pada Ahad untuk rundingan, tetapi serangan bermula lebih awal pada Jumaat,” katanya sambil menyifatkan tindakan Israel sebagai mendapat lampu hijau daripada AS.
Beliau turut menyeru masyarakat antarabangsa, khususnya anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), agar memikul tanggungjawab untuk menghentikan pencerobohan tersebut dan mempertahankan kedaulatan undang-undang antarabangsa.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Esmaeil Baghaei
#Konflik Iran-Israel
#negara arab
#pangkalan tentera AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami