KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sudah menghantar permohonan rasmi kepada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) untuk menukar pemain di posisi penjaga gol skuad kebangsaan pada kempen kejuaraan Piala AFF 2020 di Singapura.
Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata permohonan itu telah dihantar semalam sebaik mendapat pengesahan berhubung dua pemain termasuk seorang penjaga gol skuad Harimau Malaya yang disahkan positif COVID-19 di sana.
Meskipun seorang lagi pemain yang dijangkiti beraksi di posisi sayap, Mohd Saifuddin berkata berdasarkan undang-undang pertandingan tiada sebarang penambahan dibenarkan selepas tarikh tutup pendaftaran pemain, kecuali pertukaran melibatkan posisi penjaga gol.
"Bukan tambah pemain tetapi kita minta untuk dapatkan penjaga gol sahaja. Sekarang kita cuma ada dua penjaga gol yang boleh beraksi, jadi kita nak tiga. Untuk posisi penjaga gol kita boleh mohon kebenaran menggantikan pemain sedia ada, itu memang mengikut lunas undang-undang pertandingan.
"Pemain lain tak boleh (tukar), memang dalam undang-undang pertandingan di FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa) atau AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) begitu. Contohnya jika penjaga gol cedera kita kena sahkan dengan surat doktor baru pertukaran dibenarkan" katanya kepada Bernama hari ini.
Semalam, FAM mengesahkan penjaga gol Muhammad Khairulazhan Mohd Khalid dan pemain sayap Muhammad Faisal Abdul Halim disahkan positif COVID-19 selepas keputusan ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) yang dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, Jumaat lepas.
Kedua-dua pemain tersebut yang tidak bergejala diarahkan menjalani kuarantin selama 10 hari mengikut protokol Kementerian Kesihatan Singapura, dengan ujian COVID-19 dilakukan pada setiap hari.
"FAM memantau rapat perkembangan dan tahap kesihatan mereka," kata Mohd Saifuddin.
Beliau berkata sekiranya mendapat maklum balas positif daripada pihak penganjur, FAM akan menyerahkan kepada Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe untuk menentukan pemain yang dikehendaki.
Pada masa sama, Mohd Saifuddin berkata hanya penjaga gol yang berada dalam senarai awal pendaftaran pemain boleh dipanggil untuk menggantikan Muhammad Khairulazhan.
Selepas ketiadaan beliau, skuad Harimau Malaya kini hanya bergantung kepada Khairul Fahmi Che Mat dan Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi di posisi penjaga gol.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 06 2021
Mohd Saifuddin berkata permohonan itu telah dihantar sebaik mendapat pengesahan berhubung dua pemain termasuk seorang penjaga gol skuad Harimau Malaya disahkan positif COVID-19. - Gambar/ Facebook FAM
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Youth All Girls raih gangsa di Amerika Syarikat
Pasukan sorak Malaysia Youth All Girls raih gangsa di The 2024 International Cheer Union World Cheerleading Championships (ICU JWCC) di Florida, Amerika Syarikat pada Khamis.
Perkembangan proses penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon pagi tadi di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Firdaus Azil ada perincian untuk dikongsikan jam ini.
Malaysia-China bincang perkukuhkan kerjasama sektor pendidikan
Malaysia dan China membincangkan inisiatif strategik bagi memperluas serta memperkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi antara Kuala Lumpur-Beijing sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik Malaysia-China.
Perdana Menteri ke Riyadh sempena mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan kerja ke Riyadh, Arab Saudi sempena mesyuarat khas forum sedunia World Economic Forum (WEF) bermula 27 hingga 29 April ini.
Kerajaan Persekutuan kaji cadangan wujud hospital di Pengerang - Azalina
Hospital tersebut akan memudahkan penduduk mendapatkan rawatan memandangkan Pengerang semakin pesat membangun.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu ditutup
Pusat penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup tepat pada pukul 10 pagi selepas dibuka 9 pagi ini.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Skuad Harimau Malaya kurang keharmonian, wujud budaya berpuak - Dell
Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya mendapati kekurangan keharmonian dengan wujudnya pecahan dalam pasukan kebangsaan, menjadi antara faktor prestasi hambar di Piala AFF 2020 di Singapura.
Harimau Malaya bergelut dengan permainan intensiti tinggi Indonesia - Cheng Hoe
Ketua jurulatih Harimau Malaya Tan Cheng Hoe mengakui ketidakupayaan berdepan dengan corak permainan intensiti tinggi dari pasukan Indonesia adalah faktor utama pasukannya mengalami kekalahan 1-4 kepa
Piala AFF: Thailand tundukkan Singapura 2-0 untuk juarai Kumpulan A
Pasukan Gajah Perang mendahului menerusi gol Yusef Elias Dolah yang menolak masuk bola sepakan percuma Bordin Phala.
Piala AFF 2020: Cheng Hoe pertaruh pengalaman, ketenangan Dion Cools
Dua pertahanan tengah dilanda kecederaan hamstring dan gagal menamatkan permainan ketika tewas kepada Vietnam tiga hari lalu.
Selepas Mickey dan Yan, kini Akhyar pula disahkan positif COVID-19
Situasi terbaharu itu menyaksikan kini tiga pemain Malaysia positif COVID-19 selepas Khairulazhan Khalid dan Faisal Halim beberapa hari lepas.
Piala AFF: Safawi ledak hatrik, Malaysia benam Laos 4-0
Pemain sayap, Safawi Rasid muncul sebagai pemain paling menyerlah dengan meledak hatrik sekali gus bergelar penjaring terbanyak kejohanan buat masa ini.
De Paula sudah cukup matang - Cheng Hoe
Cheng Hoe berharap pemain JDT itu dapat menjadi contoh terbaik kepada rakan sepasukan, dalam skuad Harimau Malaya.
Piala AFF: FAM hantar permohonan rasmi ganti penjaga gol Harimau Malaya
FAM sudah menghantar permohonan rasmi kepada AFF untuk menukar pemain di posisi penjaga gol skuad kebangsaan pada Piala AFF 2020 di Singapura.