PEMILIK Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mempertahankan tindakan 14 pemain yang menolak panggilan skuad Harimau Malaya bagi mengharungi saingan Piala AFF pada 21 Disember ini.
“Piala AFF habis 15 Januari, bila nak dapat cuti? Satu tahun main bola dan berlatih tanpa henti, cuti hanya enam hari dalam satu tahun? Pemain bukan mesin,” katanya di laman sosial miliknya.
Tunku Ismail berkata, pemain tidak menolak panggilan skuad kebangsaan sebarangan kerana mereka memberikan yang terbaik apabila menyarung jersi negara.
“Pemain tidak menolak (panggilan skuad negara) buta-buta. Mereka sentiasa memberikan komitmen yang tinggi apabila mewakili pasukan kebangsaan.
“Kita boleh tengok dengan persembahan pemain dalam pasukan kebangsaan apabila mereka bermain di setiap pertandingan yang ada dalam kalendar FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa). Tetapi, pemain juga adalah manusia yang bekerja, berlatih dan main sejak bulan Januari.
“Manusia mana kerja tanpa cuti? Apabila liga atau pertandingan kita rehat, pemain kebangsaan tiada rehat kerana mereka ada latihan pusat selama tiga minggu,” katanya.
BACA: Pan Gon lihat sudut positif walaupun ramai pemain utama tarik diri
Media sebelum ini melaporkan, 12 pemain yang sebahagian besarnya pemain JDT tidak dapat bersama pasukan negara dan kemudian disusuli dua pemain Kuala Lumpur City FC, Akram Mahinan dan Declan Lambert, yang turut menolak panggilan itu.
Menurut Tunku Ismail, tempoh latihan pusat skuad kebangsaan adalah paling lama berbanding negara lain yang mengadakannya selama seminggu sahaja.
“Kita adalah satu-satunya negara yang latihan pusat paling lama. Negara jiran semua dah ikut konsep Eropah di mana latihan pusat hanya seminggu sebelum perlawanan,” katanya.
Skuad Harimau Malaya ketika ini giat melakukan persiapan menghadapi dua aksi persahabatan menentang Kemboja dan Maldives pertengahan bulan ini, sebelum saingan Piala AFF. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Dec 01 2022

Tunku Ismail berkata, pemain tidak menolak panggilan skuad kebangsaan sebarangan kerana mereka memberikan yang terbaik apabila menyarung jersi negara. - Gambar fail

Ringgit dibuka rendah menjelang keputusan kadar faedah AS
Pada 9.05 pagi, ringgit berada pada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2410/2460 ketika ditutup pada Isnin.

Cancelo, City terlerai kasih
City mengumumkan Joao Cancelo bakal dipinjamkan kepada Bayern Munich dengan harga 61.5 juta pound (RM322 juta).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

DPTN 2.0 | Dasar Pendidikan Tahfiz Negara akan dilancar 11 Mac ini
Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) 2.0 akan dilancarkan pada 11 Mac ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Judi Haram | 905 individu ditahan, rampasan wang tunai lebih RM500,000
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan 905 individu disyaki terlibat judi haram dengan rampasan wang tunai dianggarkan lebih RM500,000.

NTD: WHO gesa pelaburan tangani jangkitan penyakit tropika terabai
NTD merupakan keadaan penyakit yang ditemui terutamanya di kawasan tropika, termasuk denggi, kusta, dan rabies.

Mangsa banjir di Sabah dan Johor meningkat, Pahang kekal
Di Johor, Batu Pahat masih mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 879 orang, diikuti Mersing (823), Kota Tinggi (344) dan Segamat (92).

Niaga AWANI: Kuasa beli belia masih rendah, taruh harapan pada Bajet 2023
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Nina Rozman, Nabila Khaleeda.

Korban serangan masjid Pakistan meningkat kepada 59, lebih 157 cedera parah
Siasatan kejadian setakat ini bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana pengebom itu boleh menyelinap ke dalam kawasan kawalan tinggi yang menempatkan ibu pejabat polis itu.

Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang hingga esok
Hujan berterusan tahap waspada turut diramal berlaku di Kudat, Sabah, hari ini.

Kami tidak dapat bertanding tanpa pemain - Pan Gon
Malaysia tewas 0-3 kepada juara bertahan Thailand dalam separuh akhir kedua di Stadium Thammasat di sini malam tadi, sekali gus kalah 1-3 berdasarkan agregat.

Titik permulaan kami ke Piala Asia 2023 - Sharul Nazeem
Segala kelemahan yang terbukti, perlu diperbaiki menjelang Piala Asia 2023 di Qatar yang dijadual pada Januari 2024.

Piala AFF: KBS tambah skrin besar di 19 universiti tonton 'live' malam ini
Sebanyak 19 universiti di seluruh negara bakal menyediakan skrin besar sempena perlawanan Harimau Malaya menentang Thailand malam ini.

Piala AFF: Lagu 'mantera' bangkit semangat perlawanan malam ini!
Malam ini bakal berlangsung perlawanan kedua peringkat seperuh akhir Piala AFF 2022 Mitsubishi Electric pasukan Malaysia menentang Thailand.

Piala AFF: Pan Gon idam bawa Harimau Malaya muncul juara
Ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon, mengakui menjuarai Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 menjadi sasaran pentingnya bersama skuad Harimau Malaya.

Buat apa sahaja Harimau Malaya, asalkan ke final!
Kelebihan 1-0 tidak meletakkan Malaysia di kedudukan selamat menjelang kemuncak perebutan slot final Piala AFF menentang Thailand esok.

Piala AFF: Ujian getir Harimau Malaya di Bangkok
Bukan mudah untuk menahan asakan skuad Gajah Perang terutama apabila beraksi di gelanggang lawan di Stadium Thammasat nanti.

Piala AFF: Lebih 61,000 hadir tonton Harimau Malaya di skrin besar pelbagai lokasi
Kehadiran di Stadium Bukit Jalil, yang menjadi medan perlawanan Harimau Malaya dan pasukan Gajah Perang pula mencatatkan 62,989 penonton.

Kad merah tidak patahkan semangat Muhammad Azam tampil prestasi terbaik
Pemain berusia 21 tahun itu menganggap perkara berkenaan sebagai sesuatu yang mematangkan beliau sebagai pemain kebangsaan.

Piala AFF: Penyokong bersemangat, kehangatan perlawanan Malaysia-Thailand makin terasa
SNBJ dibanjiri ribuan penyokong Harimau Malaya seawal jam 3 petang Sabtu bagi menyaksikan perlawanan separuh akhir pertama Piala Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF) 2022 antara Malaysia dan Thailand.