KUALA LUMPUR: Singapura tidak akan bermain secara bertahan bagi mendapat keputusan seri menentang Malaysia pada aksi penentu Kumpulan B, Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam esok.
Walaupun skuad 'The Lions' hanya memerlukan keputusan seri untuk layak ke saingan separuh akhir, ketua jurulatihnya, Takayuki Nishigaya, berkata mereka akan terus menampilkan corak permainan agresif dalam usaha mencapai keputusan positif.
Menurut jurulatih dari Jepun itu, arahan telah diberikan kepada pemain untuk mengekalkan pendekatan biasa pasukan itu dengan bertahan secara berpasukan selain menanfaatkan peluang ketika melakukan serangan.
"Sudah tentu kami mempunyai kelebihan kerana mengetahui satu mata sudah cukup dan Malaysia perlu menang tetapi itu tidak akan mengubah cara kami bermain.
"Kami menghormati lawan tetapi kami mahu menyerang sebanyak mungkin dan sementara kami menjangkakan Malaysia akan agresif, kami juga mahu melakukan perkara yang sama," katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, di sini, hari ini.
Sementara itu, pemain tengah Singapura, K. Anumanthan teruja dengan perlawanan 'Derbi Seberang Tambak".
"Kami semua teruja dan sudah bersedia dengan perlawanan besar ini. Tetapi apa yang lebih penting, objektif kami adalah jelas untyuk mengumpul tiga mata dan layak ke separuh akhir," kata pemain berusia 28 tahun yang pernah beraksi bersama Kedah Darul Aman FC pada saingan Liga Super 2021.
Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan persahabatan antarabangsa ialah Mac lalu, yang berakhir dengan kemenangan 2-1 untuk Singapura di Stadium Nasional, Singapura, sekali gus memberikan kekalahan pertama Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
Selepas Singapura berkongsi satu mata dengan seri tanpa jaringan menentang Vietnam ,Jumaat lalu, Malaysia tidak mempunyai pilihan selain mencatat kemenangan esok untuk layak ke separuh akhir bagi mengelak tersingkir awal untuk edisi kedua berturut-turut.
Singapura, juara empat kali itu, kini mempunyai kelebihan satu mata di tempat kedua manakala Malaysia ketiga dengan enam mata.
Kali terakhir Malaysia menewaskan Singapura ialah dalam aksi Kumpulan B Piala AFF 2014 dengan keputusan 3-1 di Stadium Nasional Singapura, sekali gus mara ke separuh akhir.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 02 2023
Takayuki Nishigaya, berkata mereka akan terus menampilkan corak permainan agresif dalam usaha mencapai keputusan positif. - Gambar/ Bernama
China, Mesir setuju promosi keamanan timur tengah
Beijing bersetuju dengan kerajaan Mesir untuk mempromosikan keamanan serta rundingan bagi mencapai kestabilan di timur tengah.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian dalam pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Mesir, Badr Abdelatty di Beijing.
Usul baharu pecat Presiden Suk Yeol dibawa ke di Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Polis India menyiasat ancaman bom terhadap Bank rizab India (RBI)
Menurut Pegawai Kanan Polis Mumbai, Sanjay Malhotra pada Jumaat, amaran itu dihantar ke alamat e-mel rasmi Gabenor RBI yang baru dilantik.
Filipina pindahkan lebih 45,000 penduduk susulan letusan Gunung Berapi Kanlaon
Lebih 45,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran Gunung Berapi Kanlaon yang aktif dipindahkan selepas ia meletus pada Isnin.
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
Harimau Malaya tepati ramalan kecewakan Laos 3-1
Skuad bola sepak kebangsaan menepati ramalan apabila mengecewakan Laos 3-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa Tier 1 di Stadium Port Authority of Thailand (PAT) di Bangkok, Thailand hari ini.
Harimau Malaya perlu menang Piala AFF 2024 - Mohd Sadek
Kemenangan dan menjuarai Piala AFF adalah KPI utama yang perlu ditetapkan FAM ke atas skuad Harimau Malaya.
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.