YANGON: Juara enam kali, Thailand memulakan misi mempertahankan kejuaraan Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) dengan cemerlang selepas membelasah Brunei 5-0 pada aksi Kumpulan A di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.
Skuad Gajah Perang itu yang merangkul gelaran keenam pada edisi lepas membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi pemain sayap Port FC, Bordin Phala.
Penyerang prolifik Teerasil Dangda menyumbat gol kedua Thailand pada minit ke-44 untuk meletakkan skuad bimbingan Alexandre Polking itu selesa mendahului sebelum rehat.
Brunei yang menjadikan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur sebagai venue tuan rumah tampil berbeza pada babak kedua dalam usaha mengubah kedudukan, namun menemui jalan buntu dalam menembusi kekebalan benteng pertahanan Thailand.
Sebaliknya, Thailand memperoleh gol ketiga yang membunuh motivasi Brunei selepas Yura Yunos tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-88 sebelum pemain gantian Peeradol Chamrasamee meledak dua gol pada masa kecederaan untuk mengesahkan kemenangan bergaya pasukan.
Kemenangan itu membolehkan Thailand meneraju carta Kumpulan A dengan berkongsi tiga mata bersama Kemboja yang turut merakam kemenangan selepas memanfaatkan aksi di laman sendiri untuk mengejutkan Filipina 3-2 pada aksi pembukaan kumpulan.
Pada pertembungan di Stadium Nasional Morodok Techo, Phnom Penh, itu, skuad bimbingan Ryu Hirose yang menghuni ranking dunia ke-177 berjaya meledak dua gol di awal permainan masing-masing menerusi Reung Bunheing pada minit ke-16 dan Orn Chanpolin berselang empat minit.
Filipina yang berada di posisi ke-133 dunia berjaya merapatkan defisit jaringan sebelum masa rehat apabila Kenshiro Daniels menyambar bola muntah daripada tampanan kurang kemas penjaga gol tuan rumah, Keo Soksela pada minit ke-41.
Daniels sekali lagi mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-55 untuk gol kedua peribadinya, namun empat minit berselang Kemboja kembali mendahului menerusi tandukan Bunheing sekali gus muncul wira pasukan untuk menghadiahkan tiga mata pertama berharga.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 20 2022
Skuad Gajah Perang itu yang merangkul gelaran keenam pada edisi lepas membuka tirai jaringan pada minit ke-19 menerusi pemain sayap Port FC, Bordin Phala. -Twitter @affmecup
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Thailand: Enam muka baharu sertai Kabinet Srettha
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin melantik enam menteri kabinet baharu.
Anwar bertemu PM Jordan, tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Pada pertemuan itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan memastikan Israel dipertanggungjawabkan terhadap kekejamannya di Palestin.
Lebih ramai atlet dijangka layak ke Paris 2024
Kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 terus diperkuat dengan empat lagi atlet berjaya mengesahkan slot ke temasya terbesar dunia itu minggu ini, menjadikan sejumlah 10 atlet layak setakat ini
AWANI Ringkas: Polis sahkan Chegu Bard direman dua hari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pegawai kastam maut dalam kemalangan babit tiga kenderaan
Seorang pegawai kastam maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 18.2 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, semalam.
AWANI 7:45 [28/04/2024] – Malaysia tumpu pelaburan baharu | Pertumbuhan saksama dan inklusif | Kajian pertubuhan buruh antarabangsa | Tabung Haji teruskan bantuan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Dzulfitri Yusof
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Malaysia hadapi cabaran baharu dari negara maju, bidang teknologi, tegas PM
- Ekonomi dunia kian tidak seimbang, Tengku Zafrul di pentas forum desak negara maju lebih adil dan saksama
- 70 peratus pekerja dunia terdedah kepada penyakit akibat perubahan iklim
- Tabung Haji tanggung kos lebih RM350 juta tahun ini
MFL harap tarikh Piala AFF dipertimbang semula - Stuart
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menaruh harapan tinggi agar Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dapat mempertimbang semula tarikh jadual perlawanan Piala AFF.
Harimau Muda jangan ambil mudah Timor-Leste
Biarpun atas kertas Malaysia mampu menewaskan lawan itu, namun sikap mengambil mudah terhadap pesaing boleh mengundang padah kepada pasukan.
Harimau Muda optimis capai sasaran final di Thailand
Pemain pertahanan muda kebangsaan Muhammad Ubaidullah Shamsul Fazili menganggap sasaran layak ke final Kejohanan Bawah 23 Tahun (B-23) Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) 2023 realistik.
Harimau Malaya bakal naik ranking 138 dunia
DUA kemenangan yang diraih Harimau Malaya ketika menentang Turkmenistan dan Hong Kong bakal menyaksikan skuad kendalian Kim Pan-gon itu melonjak sehingga ranking ke-138 dunia.
Sukar Piala AFF berlangsung dalam Kalendar FIFA dalam masa terdekat - Hamidin
Antara kekangan ialah tempoh penganjuran Piala AFF terlalu panjang menyebabkan tiada ruang untuk kejohanan itu berlangsung dalam Kalendar FIFA.
'Susah nak letak Piala AFF dalam kalendar FIFA'
Katanya, setiap liga domestik di rantau Asia Tenggara perlu diselaraskan terlebih dahulu.
FIFA iktiraf Piala AFF
'PIALA Dunia' Asia Tenggara, Piala AFF berpeluang untuk 'naik pangkat' sebagai kejohanan rasmi yang disenaraikan dalam kalendar Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).
Final Piala AFF: Sensasi Theerathon pastikan Thailand bergelar juara kali ketujuh
Thailand mengukuhkan status selaku pasukan terbanyak menjuarai Piala AFF dengan gelaran ketujuh selepas menewaskan Vietnam 1-0 di Stadium Thammasat, Pathum Thani sebentar tadi.
Piala AFF: Vietnam, Thailand terikat 2-2
Vietnam gagal memanfaatkan kelebihan bermain di laman sendiri apabila terikat 2-2 dengan juara bertahan, Thailand, pada aksi final pertama Piala AFF.
Piala AFF: Tak jangka kalah 3-0 - Mohamad Faisal
Malaysia turun beraksi di Stadium Thammasat di sini dengan misi yang jelas untuk mara ke final dan mempertahankan kelebihan kemenangan 1-0.