awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala AFF: Thailand hampiri final selepas dua jaringan ke atas Vietnam

Bernama
Bernama
23/12/2021
16:30 MYT
Piala AFF: Thailand hampiri final selepas dua jaringan ke atas Vietnam
Thailand meledakkan dua gol untuk menewaskan juara bertahan Vietnam 2-0. - Foto AP
KUALA LUMPUR: Kapten Thailand Chanathip Songkrasin mempamerkan aksi yang berwibawa dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF 2020 dengan menjaringkan dua gol untuk menewaskan juara bertahan Vietnam 2-0, di Stadium Nasional Singapura malam ini.
Vietnam memperoleh gol sulung selepas Chanatip menggunakan sebaik-sebaiknya kesilapan Nguyen Phong Hong Duy yang gagal menahan bola dengan kemas dalam satu serangan balas pantas untuk melakukan gerakan solo dan beliau terjatuh ketika dihalang penjaga gawang Vietnam tetapi boleh melantun dan bergolek masuk ke dalam gol lawan pada minit ke-13.
Chanatip kemudian dengan tenang menjaringkan gol keduanya menerusi sepakan leret yang menerjah sudut kiri gawang Vietnam selepas mendapat hantaran cantik hasil gerakan pemain tengah Sarach Yooyen dengan penyerang Teerasil Dangda, 10 minit kemudian.
Nguyen Quang Hai hampir mengurangkan jurang gol untuk Vietnam yang dikenali sebagai "Naga Emas" pada minit ke-33 tetapi tendangan lencong menerusi sepakan percuma yang diambilnya terkena tiang kanan gawang Thailand.
Chanatip yang kini beraksi untuk kelab Jepun Hokkaido Consadole Sapporo hampir melakukan hatrik pada babak kedua tetapi sepakan kaki kanannya dari luar kotak penalti melambung tinggi pada minit ke-57.
Vietnam yang kelihatan tertekan di separuh masa kedua, hampir mendapatkan gol sulung mereka tetapi rembatan Quang Hai terkena palang gol pada minit ke-67.
Chanatip sekali lagi gagal menyempurnakan hatriknya selepas sepakan penalti beliau diselamatkan Tran Nguyen Manh pada minit ke-85 dan kedudukan jaringan kekal sehingga wisel penamat ditiup pengadil Saoud Al-Abda.
Semalam, tuan rumah Singapura seri 1-1 dengan Indonesia dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di stadium sama.
Perlawanan separuh akhir kedua antara Indonesia dan Singapura akan berlangsung Sabtu ini sementara antara Thailand dengan Vietnam, pada esoknya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala AFF
#Thailand
#Vietnam
#Singapura
#Chanathip Songkrasin
#separuh akhir pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan