DOHA: Penyerang naturalisasi Harimau Malaya Paulo Josue sedar bahawa selepas permulaan buruk pada aksi pertama Piala Asia mereka, kini bergantung kepada prestasinya pada perlawanan menentang pasukan ke-86 dunia, Bahrain.
Pemain kelahiran Brazil itu berkata Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati itu, jika mereka berjaya mencuri tiga mata mengatasi Dilmun's Warrior, ketika kedua pasukan bertemu pada perlawanan kedua Kumpulan E di Stadium Jassim Bin Hammad, Sabtu ini.
Bagaimanapun, pemain Kuala Lumpur City berusia 34 tahun itu menjangkakan pertembungan sukar kerana Bahrain juga mengejar tiga mata selepas tewas 1-3 kepada jura dua kali Korea Selatan, pada perlawanan pertama mereka.
"Kita masih lagi ada aksi dalam kejohanan ini, kita masih berpeluang, jadi kita perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya dan lupakan kekalahan kita.
"Ia akan jadi suatu tugas yang sukar, kita melihat permainan Bahrain, mereka banyak menyukarkan Korea Selatan. Jadi kita perlu rancangan dengan baik dan lihat apa yang terbaik untuk perlawanan itu dan lakukannya, berikan yang terbaik untuk kutip mata untuk layak," katanya ketika ditemui di sini.
Untuk perkembangan terkini dan berita saingan Piala Asia 2023, KLIK DI SINI!
Sementara itu, pemain sayap Mohamad Faisal Abdul Halim yang juga optimis Malaysia masih memiliki peluang ke pusingan kalah mati, menggesa rakan sepasukan bangkit memburu kemenangan dan menyajikan persembahan yang menarik berdepan Bahrain.
Pemain Selangor FC itu berkata kekalahan merupakan lumrah dalam bola sepak, namun sebagai pemain profesional mereka perlu cepat melupakan keputusan yang buruk dan fokus kepada perlawanan seterusnya.
Hasrat Malaysia yang dibimbing pengendali dari Korea Selatan Kim Pan Gon untuk meraih keputusan positif pada penampilan pertama selepas 17 tahun di Piala Asia tidak kesampaian, selepas tumbang 0-4 kepada Jordan di Stadium Al Janoub di sini, Isnin lepas (awal pagi Selasa waktu Malaysia).
Selepas bertemu Bahrain, anak buah Pan Gon yang menghuni ranking dunia ke-130 akan membuat perhitungan dengan Korea Selatan, dalam aksi terakhir kumpulan di Stadium Al Janoub pada 25 Jan.
Hanya juara dan naib juara setiap kumpulan bersama empat pasukan ketiga terbaik akan layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.
Ini merupakan penampilan keempat Malaysia dalam kempen Piala Asia selepas layak secara merit pada 1976 di Iran dan 1980 di Kuwait, serta sebagai tuan rumah bersama pada 2007, namun Malaysia terkandas di peringkat kumpulan dalam tiga edisi terdahulu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Josue berkata Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati Piala Asia, jika mereka berjaya mencuri tiga mata mengatasi Dilmun's Warrior. - Gambar fail/Bernama
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
Aksi menentang Oman penting buat Harimau Malaya - Josue
Kemenangan dalam kedua-dua pertemuan itu boleh menjadi kejayaan bersejarah, pertama kali Malaysia ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia.
Piala Asia: Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati - Josue
Pemain kelahiran Brazil itu berkata Harimau Malaya masih berpeluang layak ke pusingan kalah mati, jika mereka berjaya mencuri tiga mata mengatasi Bahrain.
Liga Super: Paulo Josue julang KL City di Kuantan
KL City FC kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi Sri Pahang FC, 2-1, di Stadium Darul Makmur.
Kelibat Paulo Josue, Endrick mampu beri impak berbeza buat skuad kebangsaan - Safee Sali
Berdasarkan prestasi semasa mereka, ia sangat memberangsangkan kerana Paulo Josue dan Endrick dos Santos dapat menjaringkan banyak gol.
Josue jadi wira KL City raih kemenangan sulung di Cheras
Johor Darul Ta'zim (JDT) kini menerajui saingan Liga Super dengan rekod kemenangan 100 peratus dalam tiga perlawanan pertama.
Prestasi Safee belum di tahap terbaik - Bojan
Jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, diasak dengan pelbagai persoalan berikutan keengganan pengendali Croatia itu menggunakan khidmat penyerang sejati, Safee Sali.
Piala FA: Khairulazhan selamatkan maruah Selangor
Selangor mara ke separuh akhir Piala FA apabila penjaga gol, Khairulazhan Khalid, bertindak selaku wira dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur.
Corak permainan menyerang gaya JDT raih kemenangan - Morais
Pengendali kelahiran Portugal itu tidak menyalahkan pemainnya kerana gagal menjaringkan gol menentang Kuala Lumpur yang memperaga corak permainan bertahan.