awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
Mesir sekat secara rasmi permainan dalam talian kanak-kanak Roblox
Anwar puji usaha Kerajaan Negeri Johor naik taraf aset warisan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Malaysia ikat India 3-3

Bernama
Bernama
29/05/2022
15:46 MYT
Piala Asia: Malaysia ikat India 3-3
Malaysia memulakan aksi dengan penuh yakin apabila mengasak kubu lawan bagi memburu gol pembukaan. - Gambar/ FB MHC
JAKARTA: Jaringan hatrik Muhammad Razie Abd Rahim berjaya membantu Malaysia mengikat juara bertahan India 3-3 pada aksi kedua Pusingan "Super 4" Hoki Piala Asia di Stadium Hoki Gelora Bung Karno di sini, malam ini.
Malaysia memulakan aksi dengan penuh yakin apabila mengasak kubu lawan bagi memburu gol pembukaan.
Selepas 12 minit permainan, "The Speedy Tigers" berjaya berada di hadapan menerusi pukulan sudut penalti Muhammad Razie.
Beliau kemudian menggandakan jaringan buat Malaysia, yang menduduki ranking ke-11 dunia, apabila berjaya melengkapkan satu lagi pukulan sudut penalti pada minit ke-21.
Bersambung pada suku ketiga, juara bertahan India yang melakukan serangan bertali arus berjaya merapatkan jurang gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-32 daripada Vishnukant Singh.
Skuad kendalian Sardar Singh yang menduduki ranking ketiga dunia, menyamakan kedudukan pada minit ke-53 melalui gol padang S V Sunil.
India kemudian memimpin perlawanan pada minit ke-55 apabila pukulan sudut Nilam Sanjeep Xess berjaya menembusi gawang Malaysia.
Tersentak dengan jaringan itu, Malaysia bangkit menyamakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti yang disempurnakan Muhammad Razie seminit kemudian sekali gus melengkapkan hatrik beliau malam ini.
Kedudukan seri 3-3 itu kekal sehingga tamat perlawanan.
Dalam ulasannya mengenai perlawanan malam ini, pengendali skuad negara, A Arul Selvaraj berkata pasukannya mempamerkan karakter terpuji dan terus berusaha untuk mendapatkan gol.
"Namun agak menyedihkan kelemahan bermula di suku ketiga seperti perlawanan semalam. Tapi itulah hoki jika tidak cipta peluang tidak mengapa.
Sebaliknya jika peluang yang dicipta tidak menghasilkan gol moral pasukan akan menurun," katanya.
Malaysia yang seri 2-2 menentang Korea Selatan semalam perlu menang berdepan Jepun pada 31 Mei untuk mara ke perlawanan akhir.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Asia
#hoki
#Malaysia
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan