awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
MPM mohon dana RM20 juta bagi pembangunan atlet para
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh

Astro Arena
Astro Arena
15/01/2024
21:50 MYT
Piala Asia: Sikap terburu-buru hukum barisan negara - Dollah Salleh
Pemain Malaysia Stuart Wilkin mengasak pemain Jordan Nizar Alrashdan pada perlawanan antara Malaysia dan Jordan bagi peringkat Kumpulan E sempena Piala Asia 2023 di Stadium Al Janoub, Doha, awal pagi ini. --fotoBERNAMA
BARISAN negara terlalu terburu-buru untuk menjana gol penyamaan yang membawa kepada keputusan yang lebih parah Harimau Malaya dalam separuh masa pertama.
Bekas pengendali negara, Datuk Dollah Salleh menyimpulkan punca skuad Malaysia ketinggalan dengan jurang sebesar 0-3 disebabkan terlalu ghairah untuk memburu gol selepas dibolosi pada minit ke-12 oleh Mahmoud Al-Mardi.
Dan minit ke-18 pula - selepas campur tangan video bantuan pengadil - pintu gol yang dikawal Syihan Hazmi Mohamed kembali dibolosi dengan sepakan penalti menerusi Musa Al-Taamari pula sebelum Mahmoud melengkapkan keputusan selesa buat Jordan dalam separuh masa pertama pertembungan Kumpulan E di Stadium Al Janoub itu.
"Akibat kesilapan kecil, kita terima padah.
"Bila kita kena gol pertama itu, pemain mula cuba nak dapatkan gol.
"(Ketika menyerang) pemain Jordan tampak lebih daripada pertahanan kita. Dekat situ nampak kita kelekaan dan cuai.
"Kita main dengan terburu-buru ketika bertemu pasukan berpengalaman, kita cuba tunjukkan kemampuan tapi kita tak dapat.
"Bahagian tengah sebenarnya terlalu longgar, kurang membantu pertahanan dan kesempatan itu diambil oleh Jordan, katanya kepada Arena801.
Dollah juga berharap lebih banyak pergerakan daripada barisan negara berbanding kekerapan menghantar bola tinggi.
"Hari ini kita nampak guna hantaran jauh.
"Tiga penyerang kita iaitu Darren Lok, Faisal Halim dan Arif Aiman Hanapi untuk bersaing dengan pertahanan lawan agak sukar," katanya lagi. - Stadium Astro
Keputusan, jadual dan berita terkini Piala Asia Qatar 2023 di sini
Topic Berkaitan
#harimau Malaya
#Dollah Salleh
#Malaysia kalah pada Jordan
#Piala Asia 2023
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan