Dua puluh lima peratus rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan Piala Dunia FIFA 2018, percaya pasukan gergasi dari Amerika Selatan, Brazil mampu mencipta sejarah dengan menjulang kejuaraan bola sepak tersebut buat kali keenam.
Jika dibandingkan dengan pendapat global (19,766 temu bual dari 27 negara), 23 peratus percaya Jerman yang diberi jolokan 'The Mannschaft' bakal mempertahankan gelaran, diikuti 21 peratus sokongan untuk Brazil dan 11 peratus kepada Sepanyol.
Kajian yang dijalankan dari 20 April hingga 4 Mei 2018 itu, turut mendedahkan keghairahan Piala Dunia boleh mengakibatkan peminat sanggup terlepas kerja atau sekolah semata-mata untuk menonton perlawanan-tersebut, apabila 24 peratus responden secara global mengakui perkara itu, lebih satu peratus berbanding rakyat Malaysia (23 peratus).
Lebih separuh rakyat Malaysia (51 peratus) merupakan peminat tegar Piala Dunia, dengan 24 peratus berhasrat untuk menonton setiap perlawanan yang ditayangkan, manakala 27 peratus akan menonton perlawanan melibatkan pasukan kegemaran mereka.
Menonton Piala Dunia menjadi pengalaman sosial kepada rakyat Malaysia apabila sembilan dari 10 rakyat (88 peratus) berkata akan menonton bersama keluarga dan/atau rakan-rakan mereka.
Perkembangan teknologi digital dilihat tidak berapa menggugat kepentingan siaran televisyen ketika kejohanan paling berprestij dunia itu yang bakal membuka tirai di Rusia pada malam ini, apabila 64 peratus rakyat Malaysia mahu menyaksikan Piala Dunia menerusi televisyen, berbanding 24 peratus merancang menonton menggunakan peranti mudah alih.
Mengejutkan apabila hanya sembilan peratus penduduk negara tuan rumah Piala Dunia kali ini, Rusia menganggap diri mereka sebagai peminat bola sepak, manakala satu pertiga (35 peratus) menyatakan mereka hanya kadang-kadang menonton bola sepak.
Sementara itu, 36 peratus responden dari negara paling besar di dunia itu menyatakan bahawa mereka sama sekali tidak pernah mengikuti bola sepak.
"Mungkin kebanyakan rakyat Malaysia memilih Brazil berbanding Jerman kerana bakat dan kebolehan teknikal mereka. Ia juga akan menjadi satu penebusan besar buat Brazil berikutan kekalahan besar 1-7 kepada Jerman pada edisi lalu di negara sendiri," kata Pengarah Operasi Bersekutu Ipsos, Michael Looi dalam kenyataan.
Kajian itu dijalankan menerusi sistem Panel Dalam Talian Ipsos di 27 negara termasuk Argentina, Australia, Belgium, Brazil, Kanada, China, Perancis, Jerman, India, Itali, Jepun, Mexico, Romania, Arab Saudi, Serbia, Afrika Selatan, Turki, England dan Amerika Syarikat.
Sempena Piala Dunia 2018 akan berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai ini, berikut adalah ringkasan fakta berdasarkan tinjauan pendapat yang dijalankan:
Pasukan yang akan memenangi Piala Dunia
Global: Jerman (23 peratus), Brazil (21 peratus), Sepanyol (11 peratus)
Malaysia: Brazil (25 peratus), Jerman (19 peratus), Sepanyol (11 peratus)
Sikap rakyat Malaysia ketika Piala Dunia
- 24 peratus akan menonton sebanyak perlawanan yang boleh
- 27 peratus hanya menonton perlawanan melibatkan pasukan kegemaran
- 32 peratus menonton sesekali hanya bila pasukan terkemuka bermain
- 16 peratus tidak menonton sebarang perlawanan.
- 88 peratus mahu menonton dengan keluarga dan kawan-kawan
- 70 peratus mahu menonton bersama rakan sekerja
- 61 peratus menonton di televisyen
- 24 peratus menonton menggunakan peranti mudah alih
Perkara yang mungkin dilakukan rakyat Malaysia ketika Piala Dunia
- 64 peratus membeli produk bertemakan Piala Dunia
- 49 peratus menonton perlawanan di bar atau restoran
- 35 peratus membawa azimat yang membawa nasib baik semasa perlawanan
- 23 peratus terlepas kerja atau sekolah demi menonton perlawanan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 14 2018
Lebih separuh rakyat Malaysia (51 peratus) merupakan peminat tegar Piala Dunia, dengan 24 peratus berhasrat untuk menonton setiap perlawanan yang ditayangkan. - Gambar fail
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.
FAM sambut baik tawaran Tunku Ismail namun tetap pantau SNBJ
FAM menyambut baik dan menghargai perkenan Tunku Ismail menyumbangkan rumput baharu jenis hibrid untuk digunakan di SNBJ.
Salah hilang bisa - Pengkritik bola sepak
Prestasi Liverpool jatuh mendadak apabila tewas menentang Atalanta dan Crystal Palace baru-baru ini.
UCL: Tandukan Andreas Christensen pacu Barcelona tewaskan PSG
Tandukan Andreas Christensen pada minit ke-77 pastikan kemenangan 3-2 menjadi milik Barcelona dalam perlawanan penuh debaran.
Pengalaman luas Hamidin masih diperlukan pacu FAM
Dakwaan Hamidin gagal menambah baik landskap bola sepak Malaysia adalah tidak berasas dan tidak berdasarkan fakta, kata Ong Kim Swee.
Adidas tarik penjualan jersi bola sepak nombor 44 Jerman
Badan induk bola sepak Jerman itu berkata ia sedang mencari reka bentuk alternatif untuk nombor 4 bersama rakan kongsinya, 11teamsports.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.