KUALA LUMPUR: Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini, hari ini.
Ahmad Jais berkata skuad Thailand masih lengkap daripada segenap aspek berbanding pasukan bimbingannya pada pertembungan itu yang menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan.
Kali terakhir Malaysia muncul juara acara berpasukan ialah pada Sukan SEA Manila 1991 sebelum menyaksikan skuad negara terpaksa menunggu lama untuk memecahkan dominasi skuad Gajah Putih dalam sukan sepak takraw.
"Saya bagi pihak pasukan kebangsaan memohon maaf kepada semua peminat kerana gagal memecah dominasi Thailand. Secara peribadi kita lihat beberapa elemen dalam permainan khusus regu kedua dan ketiga.
"Itu antara penyebab kita gagal memberi saingan kepada pasukan Thailand dan kita kena sedar bahawa tiada jalan mudah untuk pemain kita capai prestasi terbaik," katanya ketika ditemui selepas tamat perlawanan.
Bekas tekong negara itu dalam masa sama mahu keputusan dilakar pada final itu tidak sama sekali mematahkan semangat negara untuk terus berjuang sementara akan menggunakan masa yang ada untuk membentuk kembali dan membaiki kekurangan yang ada bagi mengharungi kejohanan antarabangsa lain.
Malaysia akan mengharungi satu lagi kejohanan besar iaitu Piala Raja Thai yang akan diadakan di Bangkok pada awal September depan.
Terdahulu pada aksi final, regu utama negara Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) meraih mata pertama buat negara ke atas Thailand 9-15, 15-11, 15-13.
Bagaimanapun, Thailand menyamakan kedudukan 1-1 menewaskan regu kedua negara Amirul Zazwan Amir, Muhammad Haziq Hairul Nizam dan Muhammad Noraizat Mohd Nordin 15-8 dan 15-5 pada perlawanan kedua.
Thailand kemudian menoktahkan kemenangan untuk menjulang trofi Piala Dunia edisi keempat itu dengan kemenangan 15-12 dan 15-12.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 26 2024
Ahmad Jais berkata skuad Thailand masih lengkap daripada segenap aspek berbanding pasukan bimbingannya pada pertembungan itu yang menyaksikan Malaysia terus kempunan menamatkan kemarau 33 tahun bergelar juara acara berpasukan. - Gambar fail/BERNAMA
Polis buru empat lelaki rompak kedai emas di Kajang
Dalam kejadian kira-kira jam 3.15 petang itu, empat orang suspek itu dilihat memakai baju seakan pengawal keselamatan, bertopeng dan bersarung tangan gelap.
Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.
Hujan basahi Mina, suhu turun buat seketika
Menurut warga tempatan, ini kali ketiga hujan turun di kota Mekah sepanjang tahun ini.
Mangsa bot karam Long Menjawah belum ditemukan
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini masih belum menemukan dua mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam di Long Menjawah, Belaga petang semalam.
10 Berita Pilihan - (17 Jun 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Hampir 30 pasangan Malaysia ke Selatan Thailand
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lelaki termasuk remaja bawah umur ditahan berkaitan kes culik
Polis menahan empat lelaki warga tempatan berumur dalam lingkungan 15 hingga 20 tahun berkaitan kes tiga remaja lelaki dilarikan sekumpulan lelaki dari sebuah pasar raya di Skudai di sini pada 15 Jun.
Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.
Myanmar lancarkan kempen 'Seorang Pelancong, Sebatang Pokok'
Kempen itu menggalakkan sektor pelancongan menyumbang kepada pemeliharaan alam semula jadi dan pengurangan kesan pelepasan gas rumah hijau.
Tentera Israel serang beberapa kawasan di Tebing Barat, hari kedua Aidiladha
Sekurang-kurangnya seorang wanita Palestin, dikenali sebagai Donia Dawood, telah ditahan sebelum pasukan itu berundur.
Piala Dunia ISTAF: Ahmad Jais minta maaf kepada rakyat Malaysia
Tiada kata-kata yang mampu disuarakan pengendali skuad sepak takraw negara, Ahmad Jais Baharun selain ucapan maaf selepas gagal menunaikan impian menjuarai acara regu berpasukan pada final kejohanan P
Piala Dunia: Jangan khayal, misi skuad takraw belum lengkap - Mohd Sumali
Skuad sepak takraw negara diingatkan supaya tidak terbuai dengan kejayaan awal menjuarai acara double dan rehi divisyen premier semalam.
Piala Dunia ISTAF: Doubles Malaysia tewaskan Thailand, rampas gelaran juara
Hari bersejarah buat sukan sepak takraw negara apabila berjaya menjuarai kejohanan Piala Dunia ISTAF buat kali pertama dalam acara doubles.
Korea Selatan bercita-cita cipta kejutan ke atas Malaysia
Korea Selatan melaungkan amaran awal menjelang aksi peringkat suku akhir acara double divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 yang hampir pasti bertemu Malaysia.
Piala Dunia Sepak Takraw: Tiga servis bergilir, peluang buat semua negara kutip mata - PSM
Sistem pengiraan baharu 15 mata dengan tiga servis bergilir yang akan diperkenalkan pada Piala Dunia Sepak Takraw 2024 pada 18-26 Mei ini, dilihat membuka lebih ruang buat pasukan bertanding.
Sistem ranking diperkenalkan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Ia merupakan antara usaha bagi membolehkan sukan sepak takraw mendapat pengiktirafan IOC untuk dipertandingkan dalam temasya Sukan Olimpik.