awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia: Jepun tewaskan Sepanyol, kedua-dua mara ke pusingan 16

Bernama
Bernama
02/12/2022
05:47 MYT
Piala Dunia: Jepun tewaskan Sepanyol, kedua-dua mara ke pusingan 16
Kapten pasukan Jepun Maya Yoshida selepas tiupan wisel terakhir semasa perlawanan antara Jepun dan Sepanyol di Piala Dunia FIFA 2022.- Gambar/ REUTERS
ANKARA: Jepun mencipta kejutan dengan menewaskan Sepanyol 2-1 dalam perlawanan Kumpulan E pada Khamis, tetapi kedua-dua pasukan layak ke Pusingan 16 Piala Dunia FIFA 2022.
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Antarabangsa Khalifa menyaksikan Sergio Busquets terlepas peluang untuk menjaringkan gol buat Sepanyol pada minit keenam.
Pada minit kesembilan percubaan Alvaro Morata berjaya diselamatkan penjaga gol Jepun Shuichi Gonda namun, dua minit kemudian Morata berjaya membolosi gawang lawan menerusi tandukan sekali gus membolehkan Sepanyol mendahului 1-0.
Sepanyol cuba menambah jaringan menerusi rembatan pemain sayap Sepanyol Nico Williams pada minit ke-46 tetapi tersasar dan kedudukan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.
Pada babak kedua perlawanan Jepun menyamakan kedudukan menerusi jaringan Ritsu Doan pada minit ke-48.
Tiga minit kemudian Sepanyol dikejutkan dengan jaringan pemain tengah Jepun Ao Tanaka.
Kedudukan kekal 2-1 sehingga wisel penamat dan kemenangan itu membolehkan Jepun mengungguli Kumpulan E dengan enam mata.
Sepanyol di kedudukan kedua dengan mengumpul empat mata turut mara ke Pusingan 16 manakala bekas juara Jerman yang berkongsi mata menduduki tempat ketiga tetapi tersingkir berikutan perbezaan gol.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jepun
#FIFA
#sepanyol
#Piala Dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan