awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Jerman bentuk kumpulan penasihat dalam misi pulih maruah

Astro Arena
Astro Arena
14/12/2022
01:45 MYT
Piala Dunia Qatar: Jerman bentuk kumpulan penasihat dalam misi pulih maruah
Neuendorf turut mengesahkan sebuah kumpulan baharu juga akan bertindak meneliti tugas yang ditinggalkan Bierhoff. -Stadium Astro
PRESIDEN Persatuan Bolasepak Jerman (DFB), Bernd Neuendorf, mengumumkan penubuhan kumpulan penasihat baharu untuk membantu pasukan kebangsaan bangkit daripada kesuraman Piala Dunia 2022.
Jerman tersingkir di peringkat kumpulan kempen di Qatar hingga memaksa Pengarah DFB, Oliver Bierhoff, mengosongkan jawatannya selepas 18 tahun.
Terdapat spekulasi bahawa ketua jurulatih, Hansi Flick, akan mengikuti jejak langkahnya tetapi bekas pengurus Bayern Munich itu mengesahkan dia akan kekal.
PIALA DUNIA 2022
Kumpulan penasihat baharu itu antaranya terdiri daripada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Bayern, Karl-Heinz Rummenigge, Oliver Mintzlaff, dan bekas pemain antarabangsa Jerman, Matthias Sammer, Rudi Voller dan Oliver Kahn.
Ia akan diketuai oleh Neuendorf dan Naib Pengerusi DFB, Hans-Joachim Watzke.
“Saya fikir ini adalah sebuah kumpulan yang tahu banyak tentang bola sepak lelaki dan pasukan kebangsaan,” kata Neuendorf.
“Kami bukan persatuan di mana seorang sahaja akan menentukan segala-galanya.
"Kami akan mengadakan perbincangan pertama sebelum Krismas ini.
"Kami perlu bergabung tenaga menjelang Kejohanan Eropah pada 2024. Ia harus berjaya," katanya.
Neuendorf turut mengesahkan sebuah kumpulan baharu juga akan bertindak meneliti tugas yang ditinggalkan Bierhoff.
Kumpulan ini termasuklah Setiausaha Agung DFB, Heike Ullrich, bekas pemain antarabangsa Jerman, Philipp Lahm, dan duta Kejohanan Eropah, Celia Sasic.
"Kami akan melihat bagaimana kami mampu mempersiapkan bahagian ini untuk kejayaan pada masa hadapan," tambah Neuendorf.
"Dan kami akan mengkritik diri sendiri." -Stadium Astro
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#Jerman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan