awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Sepanyol dalam penentuan penalti

Astro Arena
Astro Arena
06/12/2022
22:00 MYT
Piala Dunia Qatar: Maghribi singkir Sepanyol dalam penentuan penalti
Abdelhamid Sabiri mengawal bola melintasi pemain lawan Dani Olmo ketika perlawanan Piala Dunia pusingan 16 antara Maghribi dan Sepanyol di Education City Stadium, Al Rayyan, Qatar, 6 Dis 2022. (Foto AP)
MAGHRIBI 0 SEPANYOL 0 (Maghribi ke suku akhir selepas menang penentuan penalti 3-0)
Maghribi meneruskan sensasi dalam Piala Dunia Qatar 2020 apabila menyingkirkan Sepanyol menerusi kemenangan 3-0 dalam penentuan sepakan penalti aksi pusingan 16 di Stadium Education City tengah malam tadi.
Pertemuan kali ini membuktikan betapa penguasaan permainan belum cukup untuk memberikan anda kemenangan, di mana Sepanyol menguasai 77 peratus penguasaan bola dengan 13 percubaan berbanding Maghribi, yang hanya menguasai 23 peratus pemainan dan menghasilkan enam percubaan.
Aksi seimbang dipamerkan sepanjang babak pertama, di mana kedua-dua pasukan memilih untuk bermain secara berhati-hati.
Peluang terbaik Sepanyol hadir menerusi Marco Asensio tetapi sepakannya sekadar mengegarkan jaring luar Maghribi.
Deretan peluang dipersia-siakan kedua-dua pasukan sepanjang 45 minit kedua dan skrip sama berulang sehingga usia perlawanan mencecah 120 minit untuk penentuan ke suku akhir itu ditentukan menerusi sepakan penalti.
That winning feeling #FIFAWorldCup | #Qatar2022 pic.twitter.com/SdCu2E9wmF
— FIFA World Cup (@FIFAWorldCup) December 6, 2022
Sepanyol seharusnya menyesal mereka tidak menamatkan perlawanan itu dalam tempoh 120 minit dan gambaran awal mereka akan tersingkir bermula apabila tendangan pertama daripada Pablo Sarabia terkena tiang untuk Maghribi mendahului 1-0 selepas Abdelhamid Sabiri terlebih dahulu menewaskan Unai Simon.
Penjaga gol Maghribi, Yassine Bounou, kemudian menjadi wira Maghribi apabila menggagalkan tendangan Carlos Soler dan Sergio Busquet, sekali gus memastikan Singa Atlas ke suku akhir Piala Dunia buat kali pertama sepanjang sejarah penubuhan mereka.
LAMAN MIKRO PIALA DUNIA FIFA 2022 DI SINI
Topic Berkaitan
#Piala Dunia 2022
#sepanyol
#Maghribi
#Yassine Bounou
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan