awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusuhan di Pasar Awam Melor, 12 individu ditahan - Polis
PM Anwar tekad perkukuh, percepat agenda pembangunan Sabah
Amaran banjir di Pasir Mas dan Tumpat bermula tengah malam ini - JPS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Messi 'mudahkan segala-galanya' untuk Argentina - Martinez

Astro Arena
Astro Arena
27/11/2022
13:04 MYT
Piala Dunia Qatar: Messi 'mudahkan segala-galanya' untuk Argentina - Martinez
Messi berjaya membuka jaringan menerusi percubaan daripada luar kotak penalti pada minit ke-64, sebelum melakukan lorongan buat jaringan Enzo Fernandez. - Gambar/ Stadium Astro
EMILIANO Martinez memuji Lionel Messi kerana 'memudahkan segala-galanya' selepas penyerang itu menyemarakkan kempen Piala Dunia Argentina dengan satu gol dan satu bantuan jaringan ketika menentang Mexico.
Argentina bergelut untuk menang 2-0 dalam pertandingan Kumpulan C semalam untuk mengelak penyingkiran awal dari Qatar 2022 dan mengekalkan harapan mereka untuk mara ke peringkat berikutnya.
Messi berjaya membuka jaringan menerusi percubaan daripada luar kotak penalti pada minit ke-64, sebelum melakukan lorongan buat jaringan Enzo Fernandez.
Gol tersebut merupakan jaringan keempat Messi di Piala Dunia daripada luar kotak penalti -- hanya bekas penyerang Brazil, Rivellino (lima), yang boleh mencatatkan lebih banyak sejak 1966.
Dia juga kini telah menjaringkan gol dalam enam penampilan berturut-turut untuk Argentina, catatan gol terpanjang bersama skuad kebangsaan, dan Martinez memberikan pujian untuk rakan sepasukannya itu.
“Kami mengetahui bahawa sekiranya kekalahan hari ini kami akan terkeluar daripada Piala Dunia, dan Mexico menjadikan perlawanan itu amat sukar untuk kami,” katanya.
"Tetapi apabila anda mempunyai Messi dalam pasukan anda segala-galanya sentiasa lebih mudah. ​​Kami tidak pernah mempunyai sebarang keraguan diri, tetapi ini adalah hari yang sukar. Kami telah menunjukkan bahawa kami berada di sini untuk menang." - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#piala dunia qatar
#Piala Dunia 2022
#Argentina
#Lionel Messi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan