awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Qatar: Tunisia tewas 0-1 di tangan Australia

Bernama
Bernama
26/11/2022
15:52 MYT
Piala Dunia Qatar: Tunisia tewas 0-1 di tangan Australia
Tunisia sebelum ini seri tanpa jaringan ketika menentang Denmark awal minggu ini dan meletakkan harapan untuk layak ke peringkat kalah mati. - Gambar/ Stadium Astro
DOHA: Tandukan Mitchell Duke membantu Australia menundukkan Tunisia 1-0 dalam perlawanan peringkat Kumpulan D Piala Dunia FIFA 2022 di sini pada Sabtu.
Kembali ke Stadium Al Janoub selepas kecundang 4-1 ketika bertemu juara bertahan Perancis, pasukan yang dikenali dengan Socceroos itu cuba mengasak pihak lawan pada awal perlawanan.
Tandukan jarak dekat Duke membolosi gawang lawan pada minit ke-23.
Tunisia yang ketinggalan cuba bangkit untuk menyamakan kedudukan, namun rembatan Mohamed Drager pada minit ke-41 berjaya ditepis pemain pertahanan lawan Thomas Deng.
Sebaik babak kedua bermula, Tunisia terus mengasak dan hampir berjaya menyamakan kedudukan menerusi percubaan Ferjani Sassi dan kapten pasukan Youssef Msakni pada minit ke-61 dan ke-71, lapor Xinhua.
Tunisia sebelum ini seri tanpa jaringan ketika menentang Denmark awal minggu ini dan meletakkan harapan untuk layak ke peringkat kalah mati.
Dalam perlawanan terakhir peringkat kumpulan pada Rabu, Tunisia dicabar Perancis di Stadium Education City manakala Australia bertemu Denmark di Stadium Al Janoub.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Piala Dunia
#Qatar
#Tunisia
#Australia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan