awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SIRIM lancar program Kesediaan ESG perkukuh kelestarian industri Malaysia
Dzulkefly tekad pastikan akses rawatan penyakit jarang jumpa terus terbela
Kerajaan mungkin pertimbang semula sokongan terhadap sektor REIT - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Dunia Wanita: Dua gol Rapinoe singkir tuan rumah

Astro Arena
Astro Arena
29/06/2019
05:28 MYT
Piala Dunia Wanita: Dua gol Rapinoe singkir tuan rumah
Megan Rapinoe meraikan gol kedua yang dijaringkannya menentang Perancis awal pagi tadi. - Foto AP.
PERANCIS 1 AMERIKA SYARIKAT 2
Kontroversi dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) tidak menghalang Megan Rapinoe menjaringkan dua gol untuk AS mengatasi tuan rumah, Perancis 2-1 di Paris, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir Piala Dunia Wanita FIFA 2019.
Ini merupakan kali kedua berturut-turut Rapinoe menjaringkan dua gol untuk membantu pasukannya melakar kemenangan.
Penggempur Reign FC, Rapinoe, yang menjaringkan dua gol ketika pasukannya mengatasi Sepanyol, Isnin lalu, membuktikan dia tidak terkesan dengan insiden bertegang urat dengan Presiden AS, Donald Trump, apabila membuka tirai jaringan tatkala Perancis menurunkan enam pemain daripada pemenang Liga Juara-Juara Eropah, Lyon.
AS sering menjaringkan gol awal dalam saingan kali ini dan Perancis sedar ancaman yang diberikan oleh Alex Morgan dan Rapinoe.
Megan Rapinoe sudah menjaringkan 5 gol dalam kempen Piala Dunia Wanita 2019 bersama-sama Alex Morgan (AS) dan Ellen White (England). Foto AP.
Namun, Perancis ketinggalan seawal minit kelima apabila Morgan meraih sepakan percuma untuk disempurnakan Rapinoe.
Penyokong menunjukkan sokongan hebat di Parc Des Princes tetapi kawalan cemerlang daripada Abby Dahlkemper dan Becky Sauerbrunn menyaksikan AS sering mematahkan serangan tuan rumah.
Perancis menang 17 daripada 18 perlawanan sebelum ini bagi semua kejohanan tetapi segalanya musnah buat anak buah Corinne Diacre itu selepas Rapinoe menyumbat gol kedua pada minit ke-65.
Walaupun Wendie Renard menjaringkan pada minit ke-81, ia sekadar gol sagu hati kerana mereka gagal mencari gol penyamaan.
AS akan bertemu England di separuh akhir, selepas skuad bimbingan Phil Neville itu menewaskan Norway 3-0 pada Khamis.
Topic Berkaitan
#Alex Morgan
#Amerika Syarikat
#Corinne Diacre
#Donald Trump
#FIFA
#Megan Rapinoe
#Parc des Princes
#Paris
#Perancis
#Piala Dunia Wanita
#Wendie Renard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan