awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kakak bomba antara barisan hadapan operasi kebakaran tanah gambut di Simpang Renggam
Inkues Zara Qairina: Ibu Pelajar A sebak, dakwa anak masih digelar ‘pembunuh’ di sekolah baharu
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala FA: 15 minit pertama penting buat kami - Khairul Amri

Astro Arena
Astro Arena
23/05/2015
01:48 MYT
Piala FA: 15 minit pertama penting buat kami - Khairul Amri
Sesi latihan pasukan Lions XII di Stadium Nasional, di sini, hari ini. - Foto Astro ARENA
Penyerang berbisa pasukan Lions XII, Mohammad Khairul Amri Mohammad Kamal berhasrat untuk menjaringkan gol awal pada aksi final Piala FA menentang Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Sabtu.
Pemain kebangsaan Singapura berusia 30 tahun itu berkata jaringan awal itu dapat meningkatkan motivasi skuad muda negara republik itu, sekali gus mencerahkan peluang menjulang Piala FA buat pertama kali.
"Kita perlu berhati-hati untuk 15-20 minit pertama kerana bukan sahaja Kelantan, malah kebanyakan pasukan dari Malaysia sukar dihadapi pada beberapa minit awal perlawanan. Kami akan cuba menyusup ke kawasan pintu gol Kelantan untuk mendapat satu atau dua gol," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan pasukan itu di Stadium Nasional, di sini, hari ini.
Sementara itu, pemain pertahanan Lions XII, Safuwan Baharudin yakin skuad kendalian Fandi Ahmad itu berpeluang menjulang Piala FA sekiranya memberikan fokus sepenuhnya pada perlawanan itu.
Safuan kembali beraksi bersama pasukan jemputan Singapura itu setelah mengalami kecederaan tulang belakang yang serius ketika menyertai pasukan Liga Australia, Melbourne City, secara pinjaman.
"Kami akan berganding bahu dan sentiasa bermotivasi melakukan yang terbaik. Untuk esok saya mahu memberikan yang terbaik untuk negara dan gabungan antara pemain muda dan berpengalaman mampu membuahkan kejayaan," katanya.
Topic Berkaitan
#Kelantan
#Lions Xii
#Piala FA
#Singapura
#The Red Warriors
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan