KUALA LUMPUR:Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) membuat keputusan untuk membatalkan saingan Piala FA manakala sepak mula Liga Malaysia (Liga-M) 2021 ditunda ke 5 Mac susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, kecuali Sarawak hingga 4 Feb ini.
Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan berkata keputusan untuk mengeluarkan saingan Piala FA daripada kalendar musim ini perlu dilaksanakan bagi memastikan keseimbangan jadual dan mengelak pasukan terbeban dengan jadual padat, sekali gus memberi impak kepada kualiti Liga-M.
"MFL juga membuat keputusan kalendar Liga-M musim 2021 menyaksikan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup diteruskan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pada tahun lepas, MFL terpaksa membatalkan kempen Piala FA dan Piala Malaysia berikutan pandemik COVID-19, manakala saingan Liga Super dan Liga Premier terpaksa dipendekkan.
Sementara itu, Ab Ghani berkata keputusan untuk meminda tarikh permulaan liga dari 26 Feb, dicapai menerusi Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL secara dalam talian, selain turut mengambil kira pandangan dan persetujuan daripada wakil-wakil pasukan dalam satu taklimat khas semalam.
Beliau berkata MFL akan menyediakan beberapa mekanisme seperti Prosedur Operasi Standard (SOP) latihan yang lebih ketat dan SOP kem latihan berpusat secara kuarantin bagi memastikan saingan musim ini berjalan lebih efektif dan selamat selain menghindari segala prospek pandemik COVID-19.
Orang ramai mengetahui status pandemik COVID-19 berada di paras cukup membimbangkan selain kebergantungan status PKP memainkan faktor tetapi MFL mahu bersedia dengan lebih awal, kata beliau.
"Selain permintaan rakan kongsi yang mahukan persiapan sekurang-kurangnya tiga minggu sebelum sepak mula, MFL juga mengambil kira faktor pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan Piala AFC yang menyebabkan keputusan pindaan tarikh Liga-M dicapai secara bersama.
MFL telah bekerjasama dengan Majlis Sukan Negara berhubung penyediaan SOP latihan dan kita akan sekali lagi membentangkan cadangan ini kepada Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan bagi memastikan Liga-M musim ini berjalan bebas daripada sebarang gelaja COVID-19," katanya.
Mengikut perancangan awal, Liga-M sepatutnya membuka tirai dengan perlawanan Piala Sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah, menyaksikan pertembungan juara dan naib juara Liga Super musim lalu, Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada 26 Feb ini.
Menurut Ab Ghani, MFL juga mempunyai beberapa lagi mekanisme untuk memulakan kempen Liga-M 2021 jika PKP dilanjutkan selepas 4 Feb.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 26 2021

MFL juga membuat keputusan kalendar Liga-M musim 2021 menyaksikan Liga Super, Liga Premier, Piala Malaysia dan Challenge Cup diteruskan. - Gambar fail/ BERNAMA

Enam tunggang basikal lajak ditahan
Polis mengeluarkan saman dan merampas basikal berkenaan susulan penahanan pada pukul 3.00 petang itu.

Penduduk Hong Kong mula terima suntikan vaksin COVID-19
Penduduk Hong Kong mula menerima suntikan vaksin COVID-19 pada Jumaat dengan keutamaan diberikan kepada golongan warga emas dan petugas kesihatan.

Vaksin COVID-19: Sultan Selangor berkenan terima giliran selepas petugas barisan hadapan
Keutamaan pemberian vaksin COVID-19 ketika ini harus ditumpukan kepada petugas barisan hadapan, berikutan mereka berdepan risiko jangkitan yang lebih tinggi.

Langgar kuarantin, warga Britain dipenjara dua minggu
Seorang lelaki warga Britain dijatuhi hukuman penjara dua minggu dan saman 1,000 dolar Singapura selepas melanggar perintah kuarantin di Singapura.

COVID-19: NPRA tanya 300 soalan, pastikan vaksin selamat, berkualiti - Khairy
NPRA merupakan sebuah badan bebas yang tidak menerima arahan daripada orang politik, misalnya dalam isu mempercepatkan proses kelulusan vaksin.

COVID-19: Kes positif global lebih 113.25 juta, kematian 2.51 juta
Jumlah kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia kini lebih 113.25 juta.

Kecurian vaksin COVID-19 di Tennessee disiasat
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan.

Petronas kekal komited bayar kerajaan dividen RM18 bilion
Petronas telah mengulangi komitmennya untuk membayar dividen sebanyak RM18 bilion kepada kerajaan seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2021.

Vaksin COVID-19: Tindakan tegas jika hasut, sebar maklumat palsu - Polis
Polis tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut rakyat supaya tidak mengambil vaksin COVID-19.

Henti melombong emas jika tiada lesen - MB Pahang
Mereka yang tidak mempunyai lesen untuk melombong emas termasuk di tanah milik sendiri, perlu menghentikan aktiviti tersebut.

Cheng Hoe lega saingan Liga-M 2021 bermula 5 Mac
Tan Cheng Hoe kini mampu menarik nafas lega dengan keputusan Liga Bola Sepak Malaysia untuk memulakan saingan Liga-M 2021 pada 5 Mac ini.

FAM, MFL mohon pemain dan pegawai diberi suntikan vaksin COVID-19
"Kita berdoa vaksin kita dapat digunakan supaya dapat melihat bola sepak tempatan bergerak dengan lebih baik dan berkeyakinan."

Mohd Amri Yahyah antara tiga pemain sertai Sabah FC
Sabah FA mengesahkan tiga pemain bakal menyertai kelab di bawah naungannya iaitu Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) bagi mengharungi Liga Malaysia musim ini.

11 pasukan hantar permohonan lesen AFC musim 2022
MFL mengesahkan 11 pasukan Liga Malaysia telah menghantar pengesahan permohonan Lesen Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi musim 2022.

Pematuhan terhadap SOP penting untuk kelangsungan Liga-M
Pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) perlu dipadang serius oleh semua pihak, bagi memastikan kelangsungan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pasukan Liga-M manfaatkan kelonggaran MKN adakan latihan
Kebanyakan pasukan Liga-M memanfaatkan sepenuhnya kelonggaran mengadakan latihan yang diberikan oleh MKN yang bermula hari ini dengan memulakan latihan sebagai persiapan menghadapi musim 2021 Mac ini.

Gelembung sukan: Guna sebaik mungkin kebenaran berlatih, persiap pasukan menjelang saingan - Mohd Nidzam
Untuk musim ini, pasukan yang dikenali dengan jolokan The Fighters itu mengesahkan tidak menyertai saingan Liga-M.

Individu langgar protokol gelembung sukan Liga-M berdepan isolasi - Reezal Merican
Mana-mana individu terlibat dengan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang didapati melanggar protokol gelembung sukan akan diisolasi, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Safiq Rahim kembali sertai JDT
Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) Safiq Rahim bakal kembali menyarung jersi pasukan itu bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021 yang dijangka bermula pada 5 Mac depan.

Motoyama tiba di Malaysia
Pemain import Kelantan United FC Masashi Motoyama yang juga bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun tiba di sini, pada Sabtu.