awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: JDT ke separuh akhir, benam Negeri Sembilan 4-1

Bernama
Bernama
23/09/2023
15:52 MYT
Piala Malaysia: JDT ke separuh akhir, benam Negeri Sembilan 4-1
Pemain JDT Juan Muniz Gallego (dua, kanan) melepaskan rembatan walaupun diasak pemain Negeri Sembilan FC Mohamad Zamri Pin Ramli (tiga, kanan) pada perlawanan Suku Akhir Kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim hari ini. - Foto BERNAMA
ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia selepas membenam Negeri Sembilan FC 4-1 di Stadium Sultan Ibrahim dalam perlawanan suku akhir kedua kejohanan itu di sini malam ini.
JDT dilihat seperti melepaskan geram pada aksi malam ini, susulan kekalahan 0-1 dengan wakil Jepun, Kawasaki Frontale pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Asia (ACL) Kumpulan I pada Selasa lepas.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan FC sememangnya melalui jalan yang sukar untuk menandingi JDT, selepas tewas 0-3 dengan Harimau Selatan pada aksi pertama suku akhir baru-baru ini.
Terdahulu, pemain sensasi daripada Brazil, Bergson Da Silva membuka tirai jaringan seawal minit keenam selepas dengan mudah menanduk masuk bola ke dalam gawang.
Tidak menunggu lama, Bergson sekali lagi menggandakan jaringan kedua lima minit kemudian, sebelum gol ketiga dilakar hasil sepakan percuma Juan Muniz Gallego yang meletakkan JDT jauh kehadapan pada minit ke-29.
Bergson mempunyai banyak peluang untuk mencipta hatrik khususnya pada minit ke-34, namun gagal memanfaatkan peluang terhidang selepas rembatannya tersasar dari palang.
Namun, pemain pertahanan Negeri Sembilan FC, Mohamad Zamri Pin Ramli mencipta kejutan apabila rembatannya tepat masuk ke gawang tuan rumah, selepas menerima hantaran dari Mahalli Jasuli pada minit ke-39.
Babak kedua perlawanan pula menyaksikan kedua-dua pasukan berhempas pulas untuk menggandakan jaringan, namun gagal menemui penyudah.
Kelibat Fernando Martin Forestieri yang kembali beraksi setelah pulih daripada kecederaan, melengkapkan malam bermakna buat JDT dengan jaringan keempat pada minit kecederaan.
Keputusan kekal 4-1 sehingga tiupan wisel penamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#Piala Malaysia
#Negeri Sembilan
#Johor
#Separuh Akhir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan