awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1

Astro Arena
Astro Arena
26/11/2022
15:10 MYT
Piala Malaysia: JDT muncul juara, atasi Selangor 2-1
JDT berdepan tekanan dengan corak permainan agresif Selangor FC sejak permulaan permainan. - Gambar/ FB Johor Southern Tigers
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) bangkit daripada ketinggalan untuk dinobat sebagai juara Piala Malaysia apabila mengatasi Selangor FC 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
JDT sekali lagi hadir ke pentas final selepas tewas dalam edisi terdahulu kepada KL City memasang hajat untuk melengkapkan tiga kejuaraan selepas menjuarai Liga Super dan Piala FA.
Bertemu Selangor, yang mempamerkan prestasi cemerlang sejak Datuk Tan Cheng Hoe mengambil alih pasukan selaku ketua jurulatih, JDT berdepan tekanan dengan corak permainan agresif sejak permulaan permainan.
Deretan peluang demi peluang dihasilkan Gergasi Merah namun mereka gagal menterjemahkannya kepada jaringan.
Gol pembukaan hadir menerusi Herlison Caion, memperoleh sepakan penalti selepas dijatuhkan pertahanan JDT.
JDT bagaimanapun berjaya mendapatkan jaringan penyamaan menerusi Bergson da Silva, yang menemui hantaran silang Arif Aiman Hanapi.
Perubahan taktikal yang dilakukan JDT membuahkan hasil apabila Fernando Forestieri menggunakan kelebihan atas kegagalan Selangor mengeluarkan bola daripada zon bahaya meledak jaringan pada minit ke-68.
Mendahului perlawanan, JDT bijak mengawal permainan sekaligus memastikan gelaran Piala Malaysia kembali menjadi milik mereka.
Ia menjadi penamat indah buat skuad Harimau Selatan apabila menyapu bersih kesemua gelaran yang dipertandingkan bagi musim ini. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#final piala malaysia
#JDT
#Selangor FC
#keputusan final piala malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan