awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: JDT peroleh bekalan tipis di Likas

Astro Arena
Astro Arena
15/11/2022
15:30 MYT
Piala Malaysia: JDT peroleh bekalan tipis di Likas
JDT hadir ke Likas dalam usaha mendapatkan kelebihan dalam aksi pertama separuh akhir. - Gambar/ Johor Southern Tigers
JOHOR Darul Ta'zim (JDT) memperoleh bekalan tipis dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia selepas menundukkan Sabah FC 1-0 di Stadium Likas sebentar tadi.
Jaringan Arif Aiman Hanapi pada minit ke-34 menjadi pemisah buat kedua-dua pasukan dalam perlawanan ini, sementara pelawat terpaksa menamatkan perlawanan dengan 10 pemain apabila Feroz Baharudin dilayangkan kad kuning kedua selepas menjatuhkan Saddil Ramdani.
JDT hadir ke Likas dalam usaha mendapatkan kelebihan dalam aksi pertama separuh akhir, dan mereka mengasak tuan rumah seawal minit kedua perlawanan, Bergson da Silva melepaskan rembatan daripada luar kotak penalti namun percubaan sekadar tersasar.
Arif turut berpeluang memberikan gol pendahuluan pada minit ke-14, berjaya melepaskan diri daripada benteng pertahanan lawan dan melepaskan rembatan namun berjaya ditepis penjaga gol, Damien Lim.
Jaringan akhirnya tiba buat juara Liga Super itu, Arif terbukti menjadi masalah utama buat Sabah FC yang berusaha mengepung pemain muda itu namun dia berjaya melepaskan rembatan dari luar kotak penalti untuk menghasilkan jaringan.
Selepas perlawanan bersambung di separuh masa kedua, Sabah memperoleh peluang untuk menyamakan kedudukan, Saddil mengambil sepakan percuma namun berjaya ditepis penjaga gol JDT, Farizal Marlias.
JDT berpeluang untuk menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti, namun Damien bijak membaca sepakan Bergson sekaligus menghidupkan peluang buat tuan rumah menyelamatkan perlawanan ini.
JDT terpaksa meneruskan permainan dengan 10 pemain apabila Feroz dilayangkan kad kuning kedua ekoran terjahan yang dilakukan terhadap Saddil, mereka juga bakal tanpa Leandro Velazquez dalam aksi kedua di Stadium Sultan Ismail yang digantung satu perlawanan. - Stadium Astro
Topic Berkaitan
#JDT
#Piala Malaysia
#Sabah FC
#keputusan separuh akhir pertama
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan