KUALA LUMPUR: Misi Kuala Lumpur (KL) City FC dalam mempertahankan Piala Malaysia tampak sukar selepas tewas tipis 0-1 kepada Terengganu FC (TFC) di laman sendiri pada aksi suku akhir pertama, pada Ahad.
Perlawanan di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras di sini menyaksikan KL City terlebih dahulu menguji gawang TFC selepas percubaan ketua pasukan Paulo Josue melewati palang gol pada minit ketiga.
Bagaimanapun, penyerang import Skuad Penyu, Kpah Sherman memanfaatkan situasi kelam kabut di depan pintu gol tuan rumah dengan melepaskan sepakan leret untuk membuka tirai jaringan buat TFC pada minit ke-14.
Pasukan bimbingan Nafuzi Zain yang terus "ghairah" melancarkan serangan ke kubu skuad warga kota hampir menambah jaringan kedua apabila sepakan voli Sherman diselamatkan penjaga gol Kevin Ray Mendoza pada minit ke-30 sebelum Josue berpeluang menyamakan kedudukan KL City namun tandukannya singgah di palang gol, lima minit sebelum menuju ke bilik persalinan.
Bersambung babak kedua, TFC "tempang" dengan 10 pemain apabila tindakan penjaga gol Mohd Suhaimi Husin menjatuhkan penyerang Colombia, Romel Morales, di luar kotak penalti mengakibatkannya diperintah keluar padang pada minit ke-62.
Penjaga gol gantian, Mohd Shamirza Yusoff yang menggantikan Mohd Faiz Mohd Nasir menampilkan aksi cemerlang apabila menyelamatkan dua percubaan merbahaya tuan rumah pada minit ke-67 iaitu sepakan percuma Josue disusuli sepakan pemain pertahanan Giancarlo Gallifuoco.
Walaupun mempunyai kelebihan bermain dengan seorang pemain, skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Croatia, Bojan Hodak gagal menembusi benteng pertahanan TFC, dan kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
Dalam pada itu, juara 33 kali, Selangor FC meneruskan rentak cemerlang di bawah kendalian pengendali baharu, Tan Cheng Hoe dengan menumpaskan Negeri Sembilan FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Kelana Jaya.
Tuan rumah yang mendominasi separuh masa pertama mendapat beberapa peluang keemasan untuk merobek gawang pelawat terutamanya menerusi tonggak serangan dari Myanmar, Hein Htet Aung namun dua percubaannya, masing-masing pada minit kedua dan minit ke-45 dinafikan penjaga gol Negeri Sembilan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.
Padah menimpa skuad Hobin Jang Hobin itu apabila Herold Mark Goulon pemain dilayangkan kad merah pada minit ke-54 susulan tindakannya menjatuhkan pemain pertahanan Sharul Nazeem Zulpakar, sekali gus menyaksikan Selangor dianugerahkan sepakan penalti yang disempurnakan penyerang dari Brazil Herlison Caion, selang dua minit kemudian.
Selangor yang terus menguasai perlawanan akhirnya melengkapkan kemenangan berharga malam tadi apabila pemain gantian, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menggamatkan penyokong tuan rumah selepas sepakan kaki kirinya menewaskan Ahmad Syihan pada masa kecederaan babak kedua.
Keputusan diraih Selangor menyaksikan mereka mempunyai bekalan selesa untuk dibawa ke Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi apabila dijadual menentang Negeri Sembilan manakala TFC pula menanti kunjungan KL City, dengan kedua-dua perlawanan timbal balik dijadual berlangsung 12 Nov ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 06 2022
Pemain KLFC Zhafri Yahya (tengah) diasak pemain Terengganu FC dalam Suku Akhir Pertama Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. - Foto BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Fahmi optimis kepimpinan baharu mampu pacu KL City ke tahap membanggakan
Fahmi optimis Syed Yazid mampu menguruskan entiti itu dengan baik terutama dalam memastikan kedudukan kewangan skuad ibu kota lebih stabil.
KL City terima dua bulan gaji minggu depan
Menteri Wilayah Persekutuan dan dan Datuk Bandar Kuala Lumpur akan turut bantu selesaikan masalah pemain skuad warga kota.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
KL City dalam kumpulan maut Kejuaraan Kelab Asia Tenggara
Kuala Lumpur City FC berada dalam 'kumpulan maut' apabila diundi dalam Kumpulan B bersama juara Liga Thailand 2022/2023, Buriram United FC, pada Kejuaraan Kelab Asia Tenggara 2024/2025.
Pramusim sempurna buat KL City FC keutamaan saya - Fahmi
Fahmi mahu membantu memastikan semua keperluan KL City dapat diuruskan dengan baik supaya ia cukup bersedia untuk memulakan musim baharu.
Saya kecewa, pengurusan Selangor tak beri peluang berbincang - Brendan Gan
Brendan akui kecewa dengan sikap pengurusan Selangor yang tidak memberi ruang perbincangan untuk membolehkannya kekal di kelab itu.
Fahmi komited selesai isu tunggakan gaji KL City dalam kadar segera
Isu pembayaran tunggakan gaji akan dilaksanakan dengan kadar segera selepas melalui proses tertentu.
KL City ibarat sudah jatuh ditimpa tangga
KL City menerima khabar duka apabila ketua jurulatihnya, Nenad Bacina mengumumkan peletakan jawatannya.
KLFA nafi tunggakan gaji empat bulan KL City
KLFA menafikan pihaknya dibelenggu masalah tunggakan gaji pemain dan barisan kejurulatihan KL City, yang didakwa berlarutan sehingga empat bulan.
PHKL akan sertai Liga Hoki Malaysia 2024 menerusi pasukan dinamakan KL City
PHKL akan menyertai Liga Hoki Malaysia pada musim ini, menerusi KL City yang ditubuhkan persatuan itu dengan kerjasama beberapa agensi seperti MSWP.