awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT

Bernama
Bernama
16/01/2025
08:30 MYT
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Badrul Afzan Razali berkata dalam sebuah perlawanan yang mengguna pakai format timbal balik, kelebihan jaringan amat penting apatah lagi ketika beraksi di laman sendiri. - Gambar fail
KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), malam esok.
Ketua Jurulatih skuad Penyu Badrul Afzan Razali berkata dalam sebuah perlawanan yang mengguna pakai format timbal balik, kelebihan jaringan amat penting apatah lagi ketika beraksi di laman sendiri.
Bagaimanapun, beliau sentiasa mengingatkan anak buahnya supaya mematuhi corak permainan yang telah diatur, serta mengelak kesilapan mudah yang boleh menyebabkan gawang skuad Penyu bocor.
"Kita akui bakal menggalas tugas getir berdepan pasukan gergasi JDT esok. Tetapi, itu bukan alasan untuk kita gentar dan kalah sebelum berjuang.
"Saya minta pemain supaya beri aksi terbaik. Jadikan kelebihan aksi pertama di tempat sendiri untuk dapatkan jaringan sebagai bekalan ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 1 Feb depan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Badrul Afzan berkata beliau berasa lega kerana pemain sayap lincah Muhammad Akhyar Abdul Rashid dapat diturunkan pada perlawanan malam esok, setelah menandatangani kontrak sebagai pemain tetap TFC sehingga musim 2026/27.
Bagaimanapun, dalam masa yang sama barisan pertahanan skuad Penyu agak tempang dengan ketiadaan Muhammad Azam Azmi Murad yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan buku lali.
"Ivan Mamut juga tidak dapat beraksi kerana masih menjalani rawatan pemulihan, sementara Safawi (Muhammad Safawi Rasid) masih terikat dengan JDT.
"Tetapi, saya percaya barisan pemain tempatan kita akan menggalas tugas dengan baik. Prestasi dan kualiti mereka sudah dibuktikan melalui perlawanan-perlawanan sebelum ini," katanya yang sudah mempunyai bayangan barisan kesebelasan utama itu nanti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JDT
#TFC
#Separuh Akhir
#Piala Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan